Thursday 30 May 2013

New Bedroom Renovation


Assalamualaikum

Hai uolls. Ha ni la kerja kitorang sepanjang cuti sem ni. Mengecat! Paint the wall with our own creativity =)


before

after





Thursday 23 May 2013

Ais Laici Blended 59saat


Assalamualaikum

Petang-petang macam ni pekena ayak sejuk pon best. Pergi dapur nampak buah laici yang dalam tin tu. *feveret ayah tu hehe =) Sebelahnya nampak pulak susu sejat. Ha memang cantekla da kena da tu.

Dalam masa 59saat kitorang berjaya mencipta Ais Laici Blended. Yang penting sedap. 





Bahan yang diperlukan pon takde la complicated sangat. Cuma buah laici, susu sejat, lemon, air batu, ang paling penting air gula. Tu jer. Senang, mudah dan pantas bukan? Btw kalau korang nak tukarkan buah laici yang dalam tin tu dengan buah laici yang fresh dari ladang pon bole.

Korang amek blender lpastu masukkan air batu, sedikit perahan lemon(nak bagi dia masam-masam sikit) air gula dan susu sejat. Ikot sukatan korang sendiri. Bila da siap blend masa nak hidangkan tu baru la masokkan buah laici tu. Tapi kalau korang nak blend sikit laici tu pon bole. =)


Selamat Mencuba!


Sunday 19 May 2013

Apa boleh buat dengan Kentang?


Assalamualaikum


Panas gila cuaca hari ni. Macam biasa meniarap depan laptop bukak youtube cari lagu zaman kegemilangan dulu dulu punyer. Bukan apa bosan la dengar lagu sama jer. Kita cari mood baru dengarkan balek lagu lama lama. Best giler bila jumpa lagu ost Romeo and Juliet yang pernah hangat suatu masa dahulu. *ingat lagi, masa tu kteorang kecik lagi budak budak. ibu dengan akak excited bile tengok citer ni sampaikan bukak lagu ni macam nak pecah gegendang telinga dibuatnya =D

Click here to view the video

Bagai dibuai mimpi dengar lagu ni sambil mengimbau kembali kisah cintan ku.. * layaannn.. Keadaan kteorang tak ubah seperti homeless yang tiada arah tuju. Sebelum ditegur ayah cepat-cepat kteorang bangun pergi dapur buat la apa yang patot. Nampak kentang dekat level paling bawah. Otak ni ligat memikirkan apakah yang bisa dibuat dengan kentang? *da macam masterchef la pulak kena pikir luar dari kotak fikiran #UjianCiptaRasa. 


 
Thanks for all the ideas =)

And finally here it comes! 

 






Bahan asas kentang, tepung gandum, tepung pisang goreng adabi, tepung beras(nak kasi rangup), roti. Tumis kentang tu ikot citarasa korang. Asalkan sedaapp. Lebih kurang jer macam nak buat inti epok-epok tu =) . Tapi ubah guna roti. 


p/s : epok-epok adalah nama lain bagi Karipap =) Selamat mencuba!

Thursday 16 May 2013

Resipi Oreo Cheese Cake


Assalamualaikum

Hi korang, how are you? We're fine. As long as we're home, we're fine hehe =)  Sedang apa dan dimana..? *ermm ni semua impact dari citer Ariana Mikhail la. hari hari dok nyanyi lagu Sammy Simorangkir tu.and tak mau lepaskan peluang langsung tengok citer tu. setiap hari slase sampai la kamis tepat jam 10malam adalah masa untuk dok ngadap tb and try to conquer it. taknak bagi orang lain tukar channel tb, hehe sorry.main reason adalah kerana Sein tu he is so cute and hensem plus caring and loving father. hehe =) tapi kengkadang kalau terlepas terpakse la tengok online jer kat flm2u.com.

Ariana Mikhail said, "Cinta pertama, Cinta selamanya"
really hope that this phrase will comes true in my life! Like a fairy tales =')

Nak kata kembar ni rajin, idoklah jugak. But when it comes to dessert excitednye bole mengalahkan excited nak tengok Ariana Mikhail hohoho. Entah macam mana bole terpikir nak buat Oreo Cheese Cake #OCC.  Apa lagi siap siap pegi Aeon Big ajak ibu. Ye memang kembar belanja tapi ibu la yang bayar hehe =) a big thank to mom sebab sudi melayan karenah anak anak kembar dia yang comel ni *over la haipp 

Bahan-bahan:
untuk dijadikan lapisan bawah kek
1 1/2 pack biskut Oreo (ambil biskutnya sahaja)
60gm mentega (dicairkan)

Bahan A
500gm cream cheese
65gm mentega
100gm gula kastor

Bahan B
*2sudu besar gelatine / 2pek sebuk agar-agar
                                             [*pilih antara satu]
Bahan C
*1biji lemon (diambil jusnya) / natural yogurt 
4 keping biskut oreo (dipatah-patahkan)
1 1/2 pack biskut Oreo yang digunakan di lapisan bawah kek tadi (ambil krimnya sahaja)
                                                                     
Lain-lain
300ml whipping cream
1 loyang spring form
                                                                        
Cara-cara:
1. Gunakan hanya 1 setengah packet biskut Oreo sahaja daripada 2 packet. Kemudian asingkan krim dengan biskut . Kisar biskut yang telah diasingkan krimnya sehingga hancur. Panaskan 60gm mentega sehingga cair. Setelah itu gaulkan biskut oreo yang telah dikisar tadi bersama dengan mentega yang cair sehingga sebati. Bubuh ke dalam loyang spring form lalu tekan hingga mampat. *loyang spring form ni loyang yang bole ditanggalkan tepinya supaya senang nak bukak bila nak dipotong atau dihidangkan kek nya nanti =) Masukkan ke dalam fridge.



Ini la dia loyang spring form ! Korang bole dapat dekat kedai jual peralatan nak buat kek.

2. Pukul whip cream dan ketepikan sebentar.
3. Pukul (Bahan A) cream cheese bersama mentega dan gula kastor sehingga kembang dan putih. Ketepikan sebentar. 
4. Panaskan sedikit air dalam periuk kecil. Agak agak air da suam, padamkan api. Kemudian masukkan (Bahan B) 2 paket serbuk agar-agar lalu kacau hingga larut. 
5. Masukkan whip cream, Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A. Gaul sehingga rata. 


5. Sejukkan dalam frozen selama 4-5jam. 

Inilah Oreo Cheese Cake =)
siap untuk dimakan

host masakn anda untuk arini. *ada hati nak masuk #masterchefmalaysia.pedulikan
tabik hormat cepat! Kbye

Selamat Mencuba! 

Tuesday 7 May 2013

Air Batu Kekalkan Solekan


Assalamualaikum

Siapakah diantara uolls ni yang tak sukakan air batu? Ha ada? Temberang la uolls ni masa kecik-kecik dulu mesti la uolls suka kan kan. Taknak ngaku konon. Kembar pon pernah alami zaman kanak-kanak la. Tapi bila da besar ni nak taknak kena la kurangkan. Sebabnya air batu ni tak elok tau untuk kesihatan. Lagi lagi lepas makan tak elok jikalau uolls 'mengunyah' air batu. Sebabnya air batu yang memang sejuk tu secara tak langsung akan membekukan makanan berminyak dalam perut sekaligus melambatkan proses penghadaman!

Tapi dalam keburukannya pasti terselit kebaikan. Air batu mampu mengekalkan solekan. 


Nak tau how it's work?

Sebelum mengenakan solekan dimuka cuci muka uolls tu bersih bersih dulu. Lpas tu amek beberapa ketul air batu dan sapukan dimuka uolls selama lebih kurang 3minit. *nak sampai cair terus air batu tu pon takpe. hehe macam kembar buat la selalu. =) Setelah itu lap muka dengan tuala yang telah direndam dengan air batu. Bila muka uolls da kering baru la bole main makeup.

Kesannya?

1. Solekan anda tahan lama
2. Wajah lebih berseri dan segar

Selamat mencuba!

Friday 3 May 2013

Resipi Krim Karamel


Assalamualaikum

MasterChef Selebriti aritu masa cabaran sajian luar ada salah sorang peserta yang buat Karamel untuk team merah. Uolls ingat lagi tak? *kalau yang tengok tu mesti ingat lagi kan =) so now it's our turn to do the 'Krim Karamel'. Actually Karamel ni ada 2 jenis , guna telur dengan tak guna telur. But for this time we want to make the caramel with telur =) 

Bahan-bahan:
2 tin susu cair
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar esen vanila
6 biji telur
1 cawan gula pasir(untuk gula hangus)

Cara-cara:
1. Ambil periuk dan masukkan satu cawan gula. Dengan api yang kecil, kacau gula sehingga ia hangus dan cair. Jika uolls lihat gula sudah mula mencair dan sedikit hangus, uolls boleh matikan api kerana panas pada periuk boleh melakukan proses menghanguskan gula. Jika tidak, rasa gula hangus uolls akan pahit. *kalau bole tak nak la ada rasa pahit. cukup dengan warna kuning kecoklatan. ada juga sesetengah orang buat gula hangus dengan mencampurkan sedikit air. bole jugak guna kaedah tu =)
2. Setelah itu dengan *segera tuangkan di dalam loyang. *masa ni uolls jangan tunggu lama sebab ia akan mengeras! biarkan ia mengeras dan ketepikan.
3. Dalam bekas lain, satuka telur, susu, gula dan esen. Pukul sehingga telur betul-betul hancur.
4. Kemudian tuangkan ke dalam loyang berisi gula hangus dan kukus. *biasanya ia dikukus selama setengah jam namun ia bergantung pada bekas/loyang yang uolls guna. jangan gunakan loyang yang terlalu tinggi takut bahagian tengahnya lambat masak.


5. Setelah masak biarkan  ia sejuk dan barulah uolls masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah disimpan dalam peti sejuk paling kurang 6-12jam, barulah uolls boleh terbalikkan di atas pinggan. *jangan lupa gula hangus akan cair, so uolls perlu guna pinggan/mangkuk yang sesuai.



p/s : Krim Karamel jarang dimakan sebaik sahaja ia dimasak, kerana ia enak dimakan sejuk =)