Monday, 22 July 2013

Is it true remaja sekarang dah tak tau lirik lagu raya dulu-dulu?


Assalamualaikum

Heyo korang. Sihat? Macam mana puasa? Harap takde yang ponteng tanpa sebab yer hiks. Aku masih berada di Segamat menjalani hari-hari sebagai student sambil menanti detik pulang ke kampung tercinta untuk menyambut lebaran. Tak sabarnya rasaaa =) Baju raya semua da siap tempah. Hehe

Aku nak tanya korang la. Korang layan tak lagu-lagu raya? I mean lagu raya zaman dulu-dulu punyer? Lagi-lagi korang korang yang masih remaja ni macam aku. *tepuk dada tanya selera korang la yer. Haish sedih aku tau sedihh sob sob =( Semalam sebelum aku melelapkan mata tiba-tiba aku dengar ada yang taktau nak sambung nyanyi lagu raya? Lagu tu bukanlah lagu yang tak meletop mana. Kira budak-budak pon mesti pernah dengar punyer. Suasana Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Elina. Nak dengar tekan sini

So is it true remaja zaman sekarang ni da tak tau lirik lagu raya dulu-dulu? *tak termasuk aku yer hehe. Tu baru lirik belum tanya tajuk lagu and penyanyinya. Agak-agak korang dapat jawab tak kalau tibe-tibe anak-anak korang tanya korang nanti satu hari nanti? *ternganga la jawabnya. Disebabkan aku ni dilahirkan dalam keluarga yang suka dengar lagu tak kira lah lagu sekarang ke lagu dulu ke kalau dekat rumah tu dua-dua zaman aku dengar tau. Mana tak nya aku pergi ruang depan ayah suka bukak radio klasik fm. Pergi pulak ruang belakang ibu suka bukak radio era fm/hot fm. So adil dua-dua aku dengar. Kalau lagu raya mostly aku lebih suka dengar lagu dulu-dulu. Sebab ianya lagi klasik terasa semangat raya tu membuak-buak. Tapi lagu sekarang pon aku layan. Macam lagu raya Siti Nurhaliza satu kaset aku beli. Semua lagu dalam tu aku da tau. 


Kalau bukan kita siapa lagi? Sekarang ni aku da mula tau sikit-sikit tajuk lagu raya. Lagu raya paling feveret lagu Sanisah Huri-Aidilfitri. Aku suka dengar lagu ni sebab liriknya cukup. Ada untuk ibu ayah and yang paling penting ada untuk kekasih hati. Hehe =) Junainah M Amin-Suasana Riang di Hari Raya dengan Rafeah Buang-Bila Takbir Bergema pon aku suka.

Jadi tunggu apa lagi. Semoga lagu-lagu raya zaman dulu-dulu ni tak kan lapuk dek zaman, tak lekang dek masa. Salam ramadhan dan selamat beramal!


Post a Comment