Thursday 24 March 2022

Pregnancy Diary : Miscarriage

Assalamualaikum 

Walaupun dah 2 bulan keguguran tapi terasa masih segar dalam ingatan. To be honest, bila Wani duduk sorang sorang mesti Wani akan teringat pasal tu. Lagi2 bila tengah drive sorang lepastuh keluar pula lagu sedih kat radio lagi la melayan perasaan. Baru tau yang Wani boleh drive sambil menangis LOL. Buat masa sekarang memang tak boleh dengar lagu Stevan Pasaribu - Belum Siap Kehilangan & Raffa Affar - Cinta Sampai Mati (Wani ada draft pasal miscarriage dekat tiktok letak lagu ni cuma belum post lagi). Boleh nangis kalau dengar. Orang nampak kita kuat tapi hakikatnya kita je tau apa yg kita lalui. "
 
"Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku, suamiku dan orang sekelilingku." 

Kisah bermula pada 05 Januari 2022 hari Rabu. Masatu Wani da lewat period seminggu. Terdetik dihati nak try buat pregnancy test. Bangun tidur pukul 5:30pagi. Terus capai tuala and pregnancy test masuk toilet. Dalam hati rasa berdebar juga dupdapdupdap. Sambil gosok gigi sambil mata jeling ke arah pregnancy test. Bila nampak 2 line air mata terus mengalir. Nangis sorang sorang dalam toilet tau. Dalam hati inilah agaknya perasaan seorang isteri yang pertama kali melihat pregnancy test 2 line positive ye. Ya Allah bahagianya rasa tak terungkap dengan kata2. Terus cepat2 mandi. Nak kejut husband tapi tengok husband tengah tidur. So tunggu la sampai husband bangun tidur. Bila husband da bangun tidur, taktau macam mana nak start conversation pula. Kejap tersengih2 kejap ke sana kejap ke sini haih. Aduh macam macam la kau ni Wani. Bagitau jela kau pregnant! HAHAHA Itu pun susah ke?

 Husband terus masuk toilet nak mandi. Datang satu idea. Wani pun letak pregnancy test atas meja. Dengan harapan husband nampak la nanti. Sementara tunggu husband siap mandi semua, Wani pergi panaskan enjin kereta. Memang setiap pagi sebelum pergi kerja Wani sejenis suka panaskan kereta dulu. Masuk je bilik nampak husband tengah pegang pregnancy test. Husband tanya "sayang betul ke ni?" "Betul la 2 line kan tu" jawabku. Husband terus peluk and menangis. "Ya Allah inilah saat yang daku tunggu setelah sekian lama. Terima kasih Ya Allah kau dengar doa daku kau makbulkan doa daku." 


Mula2 try yang biasa dulu hehe


Lepas confirm positive baru beli yang digital gitu


Sejak tau pregnant terus beli kacang & kurma sebab orang cakap bagus


Stock kacang letak dekat office





Sejak tau pregnant husband suka belikan aiskrim. Sanggup pergi mall lepas habis kerja semata mata nak belikan aiskrim. Padahal tak minta pun

Hari Ahad 09 Januari 2022, kalau korang nak tau Wani ada habit jenis suka mengemas almari pakaian. Bila weekend je tengok almari pakaian tak kemas memang sejenis akan keluarkan semua pakaian and susun balik lipat balik bagi cantik (bagi sejuk mata memandang). Masa ni perut da rasa cramp. Tengah cramp pun kerja mengemas melipat still on ye. Bila da settle semua, pergi toilet nak mandi and terperanjat sebab dekat seluar ada spotting warna coklat. Terus cepat2 mandi and baring. Make less move and bedrest. Masa ni da panic takut risau semua ada. Cari nearest clinic dekat IG & FB. Sempat Whatsapp story pasal spotting apa semua tu. Doc cakap it's normal untuk awal pregnancy. Ok lega rasa. 

Rabu 12 Januari 2022, 9:00pagi sampai office terus check. Spotting masih on since Ahad lepas. Ni da masuk hari ke-4 spotting siang malam. My sister suggest suruh pergi Hospital check. Terus pergi PAC Hospital Ampang dengan husband. Tapi husband tak boleh masuk. So Wani sorang je masuk dalam. Husband tunggu dalam kereta. Doc scan and Doc cakap size baby kecik tak tally dengan 6 minggu. Kalau ikutkan dari tarikh 1st day last period baby should now 6 weeks. Doc cakap it's ok nanti datang lagi 2 minggu untuk check. Doc buat appointment datang lagi 2 minggu. Doc pun cakap it's normal spotting early pregnancy. Keep positive thinking. Cumanya kalau keluar darah atau sakit yang teramat, Doc suruh cepat2 datang Hospital.


PAC Hospital Ampang


Assalamualaikum anak mummy


Jumaat 14 Januari 2022, bangun tidur nampak spotting darah bukan spotting coklat macam before. Masa ni Allah je tau perasaan. 6:00petang darah makin banyak keluar. Terus tukar pad. Tapi masatu tak cakap lagi dekat husband yang spotting coklat da bertukar jadi darah and makin banyak. Lepas maghrib baru ada keberanian nak cakap dekat husband. Terus shoot pergi Hospital Ampang. Doc buat transvaginal scan dari bawah, nampak kantung janin da dekat bawah. Tunggu masa je nak jatuh keluar sendiri. Doc suruh balik and monitor sendiri kantung janin keluar. Doc pesan kantung janin tu ada selaput putih and selalu sebelum keluar perut akan rasa sakit macam senggugut. 12:00malam sampai rumah terus peluk husband nangis. Rasa macam tak percaya pun ada. Kebahagiaan yang dirasai minggu lepas kini bertukar menjadi kesedihan. 


PAC Hospital Ampang 8:45malam




Sabtu 15 Januari 2022, 6:00pagi bangun tukar pad. Perut takde rasa sakit pun and takde selaput putih keluar. 6:30pagi nak sambung tidur tapi terbantut sebab perut rasa sakit teramat. Masa ni melayan la rasa perut sakit macam senggugut. Wani sejenis bila senguggut memang period pain dekat perut and peha sakit teramat. Masa ni cakap dekat perut, "baby, baby kalau nak keluar keluar la. Mummy redha. Janganla bagi mummy sakit" Terus tertidur. 7:30pagi tersedar terus pergi toilet check. "Ya Allah ini ke kantung janin yang Doc cakap tu" Terus ambil bekas KFC kecik tu masukkan kantung dalam tu. Tunjuk husband tapi husband tengok dari jauh  je sambil tutup hidung. HAHAHA LOL. Sedih belum sampai lagi masa ni memang takde perasaan apa2. 8:15pagi sampai Hospital Ampang. Doc scan perut dah clear takde apa2 tertinggal. Doc suntik ubat kecutkan rahim dekat peha sebelah kiri. Masa Doc scan tu cakap baby da keluar Wani nangis depan Doc. Masa ni da start rasa sedih. 12:30tengahari call husband suruh pickup depan PAC Hospital Ampang. Masuk je kereta Wani nangis non stop. Serius tak boleh handle rasa sedih tu. Seharian nangis sampai mata bengkak ye.
 

Bekas KFC buat letak kantung janin jap


While waiting for Doc





Isnin 17 Januari 2022, bermulah pantang day Wani. Wani ambil pakej urut pantang 3 hari sahaja (as suggested by Kak Jun confinement lady Lulur Home SPA Batu Pahat, Johor). Kak Jun cakap 3 hari cukup sebab gugur bukan bersalin hehe. 


Inilah Kak Jun. CL yang urut Wani masa pantang harituh. Orang Batu Pahat, Johor yang tengah cari confinement lady, yang nak urut, nak mandi bunga, nak scrub 1 badan ke boleh la contact Kak Jun ni Recommended sangat. Dah la peramah, baik hati pula tu. Memang senang nak masuk la dengan Kak Jun ni. 


1st time rasa bertungku batu sungai. Best 





Antara menu pantang disediakan oleh Kak Jun 

Kepada semua yang mengenali Wani, Wani nak minta maaf kalau sepanjang perkenalan kita ada salah silap terkasar bahasa sehingga mengguris perasaan sesiapa. Mohon maafkan segala salah silap Wani. Doakan semoga Allah kurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah, sihat, cukup sifat buat Wani & husband in future. Aaminn YRA. Semoga yang baik2 juga buat semuanya. Terima kasih atas kata2 semangat korang. Love korang.

Confinemet Lady (Kak Jun)
Facebook: Lulur Home Spa
Contact No.: +60 13-716 1170

Thank you for reading this entry!