Friday, 22 June 2018

Salam Aidilfitri 2018



Assalamualaikum

Alhamdulillah. Aku bersyukur masih diberi nikmat untuk menyambut Syawal tahun ini. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berbakti kepada ibu ayah. Aku bersyukur dikurniakan mereka mereka yang menyayangiku.


Oh, tiba tiba aku teringat. Semalam ada seorang colleague dekat tempat aku kerja tanya dekat aku.


"Macam mana kita nak lupakan seseorang yang pernah kita sayang?"

Well, jawapan aku simple!

"Sampai bila bila pun kita takkan dapat lupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita lagi lagi kalau orang tuh pernah kita sayang teramat..."


That's true! Korang jangan nak menafikan kata kata aku tuh ek. Sebab aku mengaku sampai sekarang aku tak boleh lupakan dia. Kadang kadang tuh ada lah aku stalk dia. Aku stalk bukan sebab aku masih sayang tau tapi sebab aku nak tengok dia bahagia tak sekarang. Kalau dia bahagia baguslah aku pun tumpang gembira. Aku pernah terbaca satu ayat ni,


"Sayang tak semestinya memiliki. Cinta tak semestinya memiliki. Seandainya dia bukan ditakdirkan untuk kita, redha. Doakan  dia..."

Itu yang aku buat. Aku sentiasa doakan dia dari jauh. Melihat dia berjaya dan bahagia buatkan aku terus bangkit. Why nak seksa diri untuk terus bersedih.

"Kita takkan boleh lupakan seseorang yang pernah kita sayang sampailah kita jumpa pengganti dia"

Alhamdulillah. Aku dah jumpa pengganti dia. Orangnya baik. InshaAllah tahun depan aku plan nak bertunang. Tapi aku hanya merancang. Allah sebaik baik perancang. Doa yang baik baik untuk aku dengan kembar aku tau.


Selamat Hari Raya semua!




Thank you for reading this entry!



Tuesday, 13 February 2018

Resepi Blueberry Cheesecake Kembar


Assalamualaikum


Selamat tahun baru 2018 khas aku tujukan buat semua followers aku ohh tak lupa juga buat silent readers belog aku ni. Haha kasi chance la kakak rasa jadi retis. Nak berangan jadi Nelydia Senrose boleh tak. Sebab dia cantik sangat. Pengaruh drama Lafazkan Kalimah Cintamu. Aku kalau tengok drama tuh bila ada part Nely aku terpegun tengok kecantikan Nely tuh cantik macam aku haha. Muntah hijau korang nanti. 


Sebenarnya aku rindu nak buat Blueberry Cheesecake. Sebab kan kerinduan itulah membawa aku ke mari. Dah ramai dah request nak resepi Blueberry Cheesecake aku tuh. Sebenarnya lah kan aku pun guna pak cik google dulu dulu masa awal awal nak buat cheesecake. Lepastuh aku lupa pakcik google tuh bawa aku ke laman sesawang mana entah. Bukan aku nak bangga tapi, resepi ni memang menjadi. First aku try saja saja jer masa tuh dekat rumah. Sekali menjadi. Bahagia tuh tak tahu nak gambarkan. Palrt paling best sebab aku buat sendiri tau tanpa bantuan ibu mahu pun Alin. Ada siapa siapa macam aku tak? Kira lucky berpihak pada aku la. Oh sebelum aku terlupa aku nak say berbanyak banyak terima kasih kepada hamba Allah yang share resepi tuh. Kalau awak baca resepi ni lepastuh your heart says "eh macam resepi aku jer ni.." sila lah tinggalkan mesej di ruang komen yer.

Terima kasih daun keladi
Lain hari copy lagi


Nak buat Blueberry Cheesecake ni senang jer. First and foremost, mestilah kena ada cream cheese, lepastuh blueberry (yang ni aku beli da siap dekat kedai Happy Bakery, Batu Pahat betul betul sebelah Klinik Nur Jalan Rogayah). Aku suka sangat bila pergi sana. Sebab korang akan rambang mata dekat situ banyak sangat bahan bahan kek. Bekas untuk letak kek pun ada. Perhiasan untuk deco kek pon ada. Nak beli cream cheese ke whippping cream semua ada. Kalau nak buat cupcake diorang pon ada siapkan yang segera punya ala yang cuma tambah air lepastuh terus masuk loyang bakar. Jangan risau diorang siap guide tau dengan hanya berpandukan sehelai kertas. Guidance ni korang boleh minta dekat cashier counter masa nak bayar tuh. Cakap jer korang baru first time nak bake. Nanti dia mesti bagi. Best kan. Sebab aku dulu pun macam tuh haha masa awal awal nak berjinak jinak buat kek.


Bahan:
250gm cream cheese (aku selalu guna Tatura)
1 tin susu cair
100gm mentega
100gm tepung gandum
4 biji telur (saiz A)
1st esen vanilla
1st jus lemon (aku tak letak pun)


Cara:
1. Korang pergi berlari ambil periuk mak korang kat dapur. Lepastuh masukkan susu cair, marjerin dan cream cheese ke dalam periuk mak korang tuh. Bila da masukkan 3 bahan tuh, letak atas dapur gas. Buka api kecil jer tau jangan buka besar amaran keras. Kalau tak nanti hangus. Ingat korang kena sentiasa kacau tau sampai la semuanya jadi sebati cair macam air. Kacau guna hand whisk boleh sudu pon bole sudip ke.

2. Sekarang masa untuk buat meringue. Nak buat meringue ni susah. Kadang kadang jadi kadang tak jadi. Asingkan putih telur dan kuning telur. Korang amek putih telur lepastuh pukul bersama sama dengan gula halus. Yang ni aku guna mixer. Pastikan meringue korang menjadi tau. Kalau tak jadi maka terbantutlah niat korang untuk dapatkan cheesecake sesedap aku haha. Meringue bermaksud, adunan takkan jatuh apabila mangkuk diterbalikkan. Hebat kan. Ini kerana adunan putih telur tadi dengan gula halus sangatlah ringan.

3. Proses ketiga, korang pergi ambil bekas lain. Pukul kuning telur yang terbiar tadi sampai kembang. Bila agak agak dah kembang, masukkan adunan no 1 (cheese) tadi. Kacau laju laju sampai sebati barulah korang masukkan tepung. Aku pukul guna mixer sebab nak cepat dan menyenangkan. Bila rasa semua da sebati, sekarang masukkan adunan no 2 (meringue).

4. Akhir sekali, tambah perasa vanilla atau lemon.

5. Sekarang pergi ambil loyang kat dapur mak korang tuh. Sapukan keliling loyang dengan marjerin. Lepastuh taburkan tepung disekeliling loyang tuh. Masukkan adunan cheese yang dah siap tadi ke dalam loyang.

6. Sebelum masuk dalam oven, korang kena pastikan oven sudah dipanaskan terlebih dahulu tau. Bakar pada suhu 160°C dengan menggunakan api atas bawah selama 1 jam macam tuh. Sejujurnya aku bila dah 1 jam macam tuh aku suka cucuk kek guna lidi sate tuh. Kalau masih melekat kat lidi maknanya belmu masak la tuh. Petua ibu aku. Alamak ada benda penting tertinggal. Sebelum masukkan dalam oven, aku selalu guna kaedah bain marie (bukan biskut marie tau). Bain marie tuh maksudnya loyang kek diletakkan di dalam loyang yang berisi air panas sebelum atau ketika dibakar. Korang boleh bayangkan tak loyang kek aku tuh terapung apung atas air haha.



7. Hias ikut kreativiti. Siap! Senang kan.



Ada nampak menggiurkan tak


Selamat mencuba silent reader haha. Salam sayang daripada Nelydia Senrose.

Thank you for reading this entry!