Thursday 15 October 2020

Majlis Akad Nikah Syazwani & Zainuddin | 10.10.2020

Assalamualaikum

Sejak kenaikan kes Covid-19 bermula awal Oktober 2020 lalu, family I decide untuk hold dulu majlis persandingan I. Diharap dengan penangguhan ini turut menyumbang untuk meredakan penularan wabak yang sedang melanda. Semoga Allah melindungi kita dan ahli keluarga daripada wabak ini. Aaamin. Pada mulanya I memang sedih I nangis sampai mata jadi bengkak 😂 Yela I dah plan semuanya. Pagi akad nikah, tengahari sanding, petang pula outdoor photoshoot. Tambahan pula payment bridal, catering semua dah 80% settle. Tapi apakan daya kita hanya mampu merancang. Allah sebaik-baik penentu. I redha majlis sanding I ditangguhkan (inshaAllah majlis sanding I nanti sama dengan kembar I). 

Majlis akad nikah tetap diteruskan dengan jumlah kehadiran lebih kurang 50 orang. Kehadiran tertumpu pada family I, family bakal mertua I (sekarang dah jadi mertua), dengan sahabat handai.  


Kad kahwin I start edar 2 minggu sebelum
Untuk digital kad sila tekan https://aliveinvite.com/syazwanixzainuddin


Kaunter saringan


Dari kiri, bakal husband (sekarang dah jadi husband hehe), Imam Marzaki Bin A Rasak (imam yang sama nikahkan kakak I 2019) 😁


Masa ni I rasa segan giler rasa macam semua tetamu tengah fokus dekat I HAHAHA





Ibu I


Ayah, I have found my prince, but you will always be my King 💚




Alhamdulillah dah jadi isteri orang. Seriously air mata dah bergenang saat itu


Husband I






Makeup from makeupbychemimie. So nice. I request sweet pink gitu =)


Keluarga besar I. I sayang semuanya tau especially my twin 😙


Abang "Chef Zul" and Kak Ziyana (ibu kepada Zara Arisha yang comel tuh)


Aduh comelnya awak Zara Arisha (dengan kaki nya tuh)


Keluarga mertua I


Sahabat husband I


Hantaran 5 balas 7 ni I dengan husband gubah last minute. Plan nak gubah petang Jumaat, tapi disebabkan I accident dekat Parit Jawa, Muar Jumaat petang semua plan tertangguh 👀 Sekarang I percaya orang dulu dulu cakap bakal pengantin tak boleh keluar rumah 😁 Apa pun I bersyukur sebab tiada kecederaan cuma kereta jer calar and kemek sikit. Gambar barang hantaran yang I received from photographer tak banyak (photographer busy ambil gambar pengantin jer haha). Ini antara barang hantaran yang sempat diambil gambar oleh photographer nikah I. Fyi, hantaran dari pihak perempuan & lelaki dua dua Encik Tunang yang gubah ok. I leave all the gubahan to him because I trust him. Sebab I keluar dari pagi sampai malam ok. Sampai jer rumah tukang inai dah sampai depan rumah. Dengan tak mandi tak makan terus proceed berinai sampai 12:00 tengah malam. Sebabtuh I leave all the gubahan to En Tunang. Luckily it turns out to be nice! You are the best Fiance! ILY 😘

Hantaran untuk Zainuddin:
1. Sireh junjung
2. Set Al-Quran
3. Buah-buahan
4. Sejadah
5. Chocolate
6. McD Ayam Goreng bucket
7. Kek SR Indulgence

Hantaran untuk Syazwani:
1. Duit hantaran & batal air sembahyang (gelang)
2. Set Al-Quran
3. Telekung SK
4. Sejadah
5. Kek SR Hokkaido Triple Cheese


Terima kasih husband =) I memang cari bunga color purple ni. Sebab masatuh tengah trend bunga purple ni untuk design pelamin. So I pun teringin la nak buat dekat hantaran. Memang cantik 💜


Al-quran tagging yang cantik persis macam mirafilzah punya ni I beli online dari bydiaqamardhia


Sejadah tebal gebu ni pula beli dari sejadah.my


Sireh recycle masa tunang tuh hari 😀


Coklat beli dekat Aeon Big depan rumah. Memang betul betul last minute. I pick jer mana yang I rasa nak makan haha yang bayarnya Encik Tunang (now En Suami 😍)


Anak buah I yang pertama. Zara Arisha. Zara ni pantang nampak kamera. Mesti keluar peace ✌ hehe


See her ✌


See again ✌








Assalamualaikum husband =)






Sentimental value


Gelang ni I yang pilih (lepas pre wedding tuh hari). I suka yang bulat macam bola lepastuh ada 2 color gold and chrome. Very niceeeeee






Dalam banyak2 gambar, I paling suka ni 😍














Henna from ZieraZalan. Cantik and kemas. Tahan almost 2 weeks (untuk I la sebab I jarang usik inai I)


Bila photographer suruh buat free style and kau dah no idea be like =D


Kek ni I dah booking 2 bulan awal. Walaupun nikah jer, I tetap proceed upacara potong kek =') Thank you Projexdapurfaieza. Kek ni memang sedap! Harga pun sangat berpatutan. Atas flavour pandan (sebab favourite I), bawah flavour blueberry (husband request hehe). Oh I tak sangka pula yang bunga rose atas kek tuh fresh flower ok sangat cantikkk. Lepas majlis I ambil simpan kahkah





Mini pelamin ni last minute decide last minute juga choose design. Terima kasih Adah Bridal untuk mini pelamin yang cantik ini I suka =)

I nak cerita sikit sebelum majlis start. I bangun 6:00pagi terus mandi solat and pakai ice dekat muka tapi I tak sempat makan sebab mak andam dah sampai. Makeup start pukul 6:30pagi. Sehari sebelum majlis mak andam dah siap siap whatsapp I remind untuk pakai ice before makeup. Fyi, sejak zaman I study dekat UiTM Segamat dulu I memang apply letak ice dekat muka before makeup. Ini salah satu petua untuk kekalkan makeup. One thing yang I perasan bila consistent pakai ice dekat muka ia dapat mengurangkan dan memudarkan pimples. I loveeeee sangat pakai ice. You guys should try it too ok! It works for me.

Photo credit to CikMimieII


Status masa nih bujang lagi haha I will miss my zaman bujang


I just love my makeup. Thank you Cik Mimie!



Disebabkan makeup siap sebelum pukul 8:00pagi (sangat cepat Cik Mimie makeupkan I). Masatuh I rasa ada banyak masa lagi sebelum tibanya tok imam. Jadi I decided to change my tudung style since I tak berapa berkenan dengan my final look tudung. So I buka balik tudung and baju I semua. This is the final look of my tudung. 

Before After

First time I pakai style tudung look macamnih. Masanih I pun tak sure ok ke tak sebab nak minta opinion orang lain semua dekat bawah. I sorang sorang dalam bilik. Just confident and Alhamdulillah I love the after look of my tudung. A big round of applause to myself! 👏

I suka sangat makeup, inai, baju nikah I cantik sangat. Buat I rasa macam princess. Hopefully majlis sanding I nanti boleh proceed. Dengan harapan kes Covid-19 di Malaysia makin berkurang. Aaminn.

Attire: Adah Bridal
Photographer: Tnpixture
Bawal Scarf: Thennfsisters
Kad Kahwin: Kadchanteeq

P/s: to my husband, terima kasih kerana pegang pada janji. Terima kasih kerana terima I seadanya. Semoga rumah tangga kita, cinta dah kasih sayang antara kita kekal hingga ke syurga Aaminn.


Updated

Pada 6 November 2020, Jumaat petang lepas balik kerja gelang I hilang. I was really upset. I cari merata tapi tak jumpa. I am so sorry husband =(


Thank you for reading this entry!