Wednesday 6 January 2021

Majlis Sanding Syazwani & Zainuddin | 02.01.2021

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2021! Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari segala penyakit bahaya mahu pun berjangkit. Dah hampir 3 bulan jadi isteri orang. Kalau ada yang masih ketinggalan entry nikah I sila lah click SINI. Boleh la membelek gambar nikah I sewaktu PKPP. Alhamdulillah masa tuh boleh lagi nikah dekat rumah. Family semua jadi saksi sambil memeriahkan majlis nikah I. That moment I takkan lupa sampai bila bila. I cuma nikah sahaja no majlis walimatulurus no post wedding outdoor photoshoot. Cuma indoor photoshoot sahaja itu pun atas pelamin dengan depan pelamin (potong kek sambil melutut ok 😂). Walaupun secara bersederhana tapi I bersyukur sangat sebab family ada dengan I. 

After 3 months nikah, kes Covid-19 di Malaysia masih juga sama tak turun malah makin meningkat hari demi hari. Disebabkan sebarang bentuk perubahan tarikh sanding hanya dibenarkan sekali sahaja (tertakluk kepada t&c Adah Bridal), jadinya after capai kata sepakat dari family, we decided to proceed jer with bridal package dek kerana 80% payment telah pun dibuat. Tarikh sanding yang sepatutnya berlangsung pada hari nikah I 10.10.2020 bertukar ke tarikh sanding kembar I 02.01.2021. Majlis sanding I serentak dengan kembar I. Nanti I update entry majlis sanding kembar I.


Missing my twin, Abang Bahar, Ayra










Sebelah tuh my twin & her husband






Masa nih I rasa sebak nak nangis ok! Tapi kena tahan sebab makeup 😅


Ibu cakap masa kecik kecik I rapat dengan ayah. My twin rapat dengan Ibu. Bila Ibu Ayah salah dukung kitorang nangis ok! Haha


Sama tak muka kitorang? 




Thanks for coming all the way from Ampang, Aeda & Rauf 💙




Thank for coming Zul & Zalikha. Cepat cepat kahwin ok!




Thanks for coming guys!










Husband I cakap gambar ni gediks! 😂 Yeke


Kalau masa nikah dulu mini pelamin I dalam rumah






Untuk kali ni pelamin sanding luar rumah (tempat parking kereta). Sebab pelamin kembar I dekat dalam rumah




I tak jumpa warna tudung yang match dengan baju sanding I. Susah nak cari 😞


Kenapa kuning? Ok nanti I story 😅








































I paling suka gambar ni


Dengan ni 💛



Ada cerita disebalik gambar ni. 2 hari sebelum sanding, I dah start rasa tak sedap badan. I demam panas sampai suhu badan I scan 37 Celsius. Sesi bergambar atas pelamin I dah start rasa nak pitam. I minta take 5. Sebab I memang betul betul tak larat. Dua dua photographer sampai tanya ok ke? Pagi sebelum makeup sanding I makan panadol actifast 2 biji (1 biji setengah actually sebab lagi separuh tak lepas nak telan I buang dalam besen kuning ibu hehek). Alhamdulillah photographer Tnpixture sangatlah baik dan memahami. Thank you Tnpixture!

Fall in love with my wedding songket attire. Tengoklah ianya meleret ke bawah seperti yang I mahukan cewahh 😁






I nampak kurus kan 😄






Senyum cover gigi


Senyum nampak gigi 😁








I choose rainbow cake for my sanding. Just bagi tema color Kuning and this is the final look 😍










Indoor Photoshoot
Ikutkan plan I teringin nak bergambar outdoor dekat 1 tempat ni. Tak jauh pun dengan rumah. Dalam 15 minit jer. Tapi disebabkan hujan seharian, maka outdoor photoshoot bertukar menjadi indoor photoshoot. Dalam hati memang sedih sebab impian nak bergambar dekat laut/pantai tak tercapai. Takpe la perancangan Allah lebih baik. So photographer cuma bagi 2 suggestion untuk indoor photoshoot either D'Garden or Old Street. Setelah mencapai kata sepakat, maka my twin & I decided to choose Old Street. 

















Photographer: Ok korang ada tak apa apa style yang korang teringin sangat nak buat sebelum kita end our indoor session.
Me: Ada! Sambil tersengih hehe 😁(ambil phone terus tunjuk gambar) Ni haa. 
Me: Husband boleh ke?

Maka dari itu, terhasil la gambar husband dukung I hahaha. Luckily husband layankan jer.




Berat ke I husband? 😀






Ini pun lagi 1 gambar yang I nak sangat ambil. Photographer Tnpixture memang besttttt 👍

Ok ini cerita disebalik why I choose kuning Di Raja. Masa first fitting, I try macam macam design baju. Majoriti semua yang I try songket type. Sebab I memang nak pakai songket. Bila dah try fitting and capture gambar banyak yang tak sesuai. Ada yang menampakkan I gemuk pendek. Cuma baju kuning ni jer nampak I kurus tinggi. So after discuss dengan ibu dan kakak, I decided to choose this songket kuning. To be honest, I takde pun tetapkan nak color apa untuk sanding. I pegang konsep try and error. Luckily my husband ok kan jer tak memilih langsung 😃 

Alhamdulillah majlis I tamat dengan jayanya. Terima kasih Adah Bridal, Tnpixture, Ziera Zalan, Raudhah Azman, Family, Sahabat dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis nikah & sanding Syazwani & Zainuddin. I really appreciate it. Kepada bakal pengantin Batu Pahat, I highly recommend Adah Bridal sebab pakej lengkap combo Raja Sehari diorang sangat berbaloi ok. Harga pun sangat berpatutan. Dah la banyak free gift dalam pakej tuh. Memang tak rugi kalau korang hire Adah Bridal ni.


My wedding rainbow cake from Raudhah Azman. Kawan 1 batch masa SMK Convent 2005-2009. Kek ni berat giler ok. I angkat harituh macam angkat batu Ya ampun


Card selfmade at canva.com



"Terima kasih Ya Allah! Engkau temukan aku dengan bakal jodohku pada usia ku 25 tahun (2017) tatkala aku masih dalam fasa move on. Lalu engkau titipkan suatu rasa ingin mahu mengenali tentang dia.  Maka dari situ timbul rasa rindu kasih sayang dan cinta dalam hati ini. Atas keizinanMu kami dinikahkan pada usia ku 28 tahun (2020). Semoga cinta kami akan terus mekar dan berkekalan sampai bila bila InshaAllah Aminnn"

Pelamin: Adah Bridal
Sanding Attire: Adah Bridal
Makeup: Adah Zakaria
Photographer: Tnpixture
Post Wedding Location: Old Street Commercial Centre, 
Jalan Parit Besar, 83000 Batu Pahat, Johor

#SyazwaniXZainuddin

Thank you for reading this entry!