Friday 4 October 2019

Majlis Pertunangan Syazwani & Zainuddin


Assalamualaikum

31.08.2019. Cerita bermula begini. Pada tahun 2018, waktu tuh baru lepas Raya Aidilfitri, sedang aku dan Alin duduk mengemas dan menyusun baju dalam almari, tiba-tiba aku cakap dekat Alin,

"Jom tunang tahun depan!"

Lepastuh apa lagi cari punya cari tarikh yang sesuai, jumpalah tanggal 31 Ogos. Bermula dengan perbincangan yang tak disengajakan tau. Alhamdulillah berkat doa diiringi usaha semua pihak, maka aku dengan Alin pun bertunang. Sebulan lebih dah jadi tunang orang. Alhamdulillah. Aku tak tau nak gambarkan perasaan aku sekarang macam mana. Ada rasa macam tak percaya, ada juga rasa happy, ada juga rasa macam "Eh aku dah jadi tunang orang? Betul ke ni?" :D Persiapan untuk tunang harituh ok la takde rasa macam terbeban ke apa. Jemputan hanyalah tertumpu pada saudara-mara terdekat, family sebelah Zainuddin (spokesperson family Zainuddin) and jiran-jiran (spokesperson ayah).

Majlis hari Sabtu. Aku balik BP Rabu malam Jumaat (after office hour). Khamis pagi tuh aku pergi buat braces. Sebelah petangnya memang busy kemas rumah. Nasib baik ibu aku rajin. Ibu kemas sebelah atas. Aku kemas sebelah bawah. Memang penat jugak lah masa tuh menyapu, mengemop, vacuum, bentang carpet. Siap pasang sendiri pula pelamin. Serius penat teramat.

Jumaat pagi aku gubah hantaran pula. 5 balas 7 dulang. Alhamdulillah siap sebelum petang. Sebelah petangnya, pergi ambil kek SR (yang ni pre-booking 1 minggu).

Senarai hantaran untuk Zainuddin:
1. Sireh
2. Jam tangan
3. Kasut
4. Wallet dan Tali pinggang
5. Baju melayu
6. McD Ayam Goreng bucket *sila scroll ke bawah
7. Kek SR Red Velvet

Senarai hantaran untuk Aku:
1. Sireh
2. 2 cincin
3. Kasut
4. Baju kurung
5. Kek SR Hokkaido Triple Cheese





Doorgift makanan sunnah atau buah kering dari @doorgift_kahwin_kini RM3.90/jar.
*Photo credit to doorgift kahwin kini for close up only

Card ni aku decorate sendiri. Design search google lepastuh edit guna PhotoScape


Makeup sendiri jer. For those yang menginginkan makeup service sila lah follow thekatakhijau



Aku segan sangat time ni. Masa Alin panggil wani jom turun. Aku nervous segan malu semua ada. Jalan turun tangga lepastuh jalan lagi depan orang ramai nak ke pelamin






Zai dengan ayam memang tak boleh dipisahkan












Kawan kawan Zainuddin 


Sesuai tak kalau jadi freelancer model =D


amirxalin






Alhamdulillah. Akan ku jaga sampai ke tua =')

Semoga Allah permudahkan urusan Syazwani dan Zainuddin dalam segala urusan mendirikan rumah tangga. Aamiin. 

Thank you for reading this entry!