Saturday 29 June 2013

Water Powered Clock



Assalamualaikum

Cuti minggu macam ni tak sah kalau tak spent time keluar jenjalan. Release stress 'konon'. *haha apa yang aku tau tu memang cara aku kurangkan stress setelah seminggu kuliah dok ngadap buku. *ngadap la sangat. Tapi sebelum tu korang jangan pikir yang aku ni kuar bazir duit je beli itu ini. Peringatan! Aku bukan nya macam sesetengah ladies ni ye. Aku cuma la buat window shopping. 

Apa tu window shopping? Window shopping ni kira macam aku jenjalan penat penat cuma nak tengok tengok jer takde niat pon nak beli ok. No intent to purchase! Its just a recreational activity or to plan a later purchase. Paham da sekarang kan.

Tibe-tibe aku terjumpa satu benda alah ni. Omey angat. Suke aku tengok tau. Disebabkan itu, tanpa berfikir panjang aku pon beli satu. *hehe. Harganya pon berpatutan. Harga sebenar RM35++. Tapi tadi ada diskaun! Apa lagi da ada diskaun kan. Beli la. Kang menyesal pulak tak beli. Setelah dihitung-hitung aku cuma perlu bayar dalam RM19++. Murah kan =)

 Tadaa.. Inilah benda alahnya yg aku beli tu. Water Powered Clock. Spesialnya pasal benda alah ni No battery required because all we need is just to fill water. Wahh canggih tak jam aku ni. *Hiks.


When you are going to add water into the container, please put the container flat on the table and make the water level just lower than or equal to cotton thread.

Hebat kan jam aku ni. Kau ada? *bangga kejap. =)




Yang no 1 tu maximum water level. 2 minimum water level. The best water level should just cover the white line core to absorb water. Water level should not cover the water battery totally. Remind again! Make the water level just lower than or equal to cotton thread.


Paling spesial sekali clock tu bole decorate tau. Korang bole decorate with flowers or plants. Macam dalam gambar kat atas ni. Cantek kan. Tapi ingat. Korang kena kerap tukar air kat dalam tu  every 5-6weeks (recommended).

p/s: korang bole dapatkan nya dekat watsons berdekatan. kalau korang ada member card bole la dapat diskaun macam aku dapat.haha


Wednesday 26 June 2013

Pre Graduation Night


Assalamualaikum

Hi korang, how are you? I'm doing fine. Da 2 bulan cuti and that's mean aku sudah pun kembali ke UiTM Segamat. Yang paling best nya aku sudah pun menjadi senior tahu. I don't believe it! *hikks =D ehem ehem. Sila tunjukkan hormat jikalau terserempak dimana-mana. *wahaha

Malam Jumaat haritu tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik aku. Rumet aku pon apa lagi bergegas bukak pintu. Rupa-rupanya ada orang tu nak bagi invitation card kira macam pas masuk ke Pre Graduation Night(PGN) la. Dalam kertas tu tertulis begini..

----------------------------------------------------------
Assalammualaikum wrt. wbt. & Salam Sejahtera
Dengan berbesar hati dan salam hormatnya
mempersilakan

SAUDARA/SAUDARI
Ke
MAJLIS MALAM PRA GRADUAN (PGN)

Tarikh : 18 Jun 2013 (Selasa)
Tempat : Dewan Sri Temenggong,
UiTM Cawangan Johor

Pakaian ;
Siswa : Formal, Blazer, dan Tali leher
Siswi : Baju Kurung, Formal, Blazer
----------------------------------------------------------

Untuk entri kali ni banyak gambar. So sila la tunggu semua gambar load sambil main Plant vs Zombie. *zombie??haish ni semua gara-gara tengok World War Z haritu sampai ke harini teringat-ingat. memang best! thumbs up ckit (Y)

PGN ni kira macam nak meraikan mahasiswa/mahasiswi yang da last sem gitu. =)



amboi itew nak jugak. sedih ah camni

berdua pon jadi la suke betol =D

pintu masuk

asal ramai pakai kaler merah ni

ramai kan

 menu malam tu


motif?


with atiq

fathin n wawa

  sebahagian dari classmate tapi tak semuanya hadir =(

ececehh comel la tu =)

suasana keliling *da macam hari raya da


siap ada cabutan bertuah

It's such a great dinner. Makanan dia pon bole tahan jugak. Memang kenyang perut =D *thanks Syida for all the photos!

----------------------------------

Promote sikit. *cewahhh =D

*btw a big thanks to all of you yg da pernah views video ni tq so much syg korang lebih la =)

Wednesday 12 June 2013

Untuk Diri Ini


Assalamualaikum

Taktau kenapa tibe tibe tangan ni gatal pulak nak menjengah kejap siapakah pengikut blog ini. And finally terjumpa blog classmate I uolls. Terus otak ni laju berputar teringat dekat satu entri dia ni. Entri tu special ckit sebabnya dia ada citer pasal I =) Wahh terharu dengar. Apa pon I nak ucap berbanyak-banyak terima kaseh dekat dia sebab buat entri tu untuk I. *omei angat =D 



Click here to view the page
*SW-  SyazwanieWaniey
*KH92- KisaHati92


21 February 2012 ??

OK ok. I tau da lama da. *gak usah kaget yer =) Baru sekarang I nak share kan. Da setahun lebih da tu. Citer da basi la  -___-

Tq gadiscomel-jueaziz =)


Monday 10 June 2013

Jom Meriah bersama Lisa Surihani


Assalamualaikum

Have you joined the Jom Meriah bersama Lisa Surihani contest? Now you can win a NEX-3N in just 2 easy steps! 
1. Take a self-shot
2. Tweet it

The grand prize winner will walk home with Sony products worth RM10,000 and ...

celebrating this raya with Lisa Surihani =)



For more information visit this website.

Click here to view the video


Inilah gambar yang dipertaruhkan =)

Wednesday 5 June 2013

Kembar sertai Ujibakat #AF2013


Assalamualaikum

Tak sangka pejam celik pejam celik rupanya da nak sampai penghujung cuti sem da. *ni yang tak best ni. nanti kat sana tidur mesti tak cukup punyer -___-

-----------------------------------

Malam sabtu hari tu(1Jun2013) tiba tiba dapat green light dari ayah bagi pergi audition #AF2013 dekat Johor Bahru-Hotel The Zon. Malam tu jugak segala persiapan kena siapkan cepat cepat. Pegi kedai gambar amek gambar size 4R lepastu kena fotostat IC pulak. *disebabkan kitorang ni kembar so semua nye kena double double and double. *ingatkan gambar 4R tu dia nak sorang 2keping rupa-rupanya sorang sekeping jer. Tapi kalau tengok dekat iklan tb tu dia tulis 2keping kan kan kan. btol kan uolls?


Walaupon kitorang duduk dekat Batu Pahat, "Johor" tapi jarak nak ke The Zon "JohorBahru" tu bukannya dekat yer. Hampir 2jam lebih perjalanan. *thanks akak sebab sanggup berpenat lelah hantar waniealeen =) 



Bila da sampai The Zon Hotel memang macam macam perasaan ada waktu tu. Tiba-tiba rasa macam sakit perut rasa macam nak balek je rasa macam nak duduk dekat toilet jela(macam citer seniman bujang lapok tu) rasa macam kecut perut. Semua rasa ada!

Sampai jer dekat tingkat 6 terus isi borang pendaftaran. Lepastu pegi dekat kaunter and dapatla no giliran 1300 & 1300A. Kitorang bukan solo tapi duo. Then kena stay dekat satu tempat ni dia lebih kurang macam dewan kuliah gitu. Time ni banyak dengar motivasi dari abang berbaju biru. *sori tak ingat nama hehee. Paling suka time ni. Sebab dapat kenal dengan ramai orang. Yang datang dari Negeri Sembilan pon ada. Tapi rata-rata kat sini semua orang JB. Mereka semua sporting! =)

Yang dalam bulatan warna merah tu la kitorang. Tapi malangnya cuma nampak kepala jer =(
Majoriti peserta yg pegi audition LELAKI

Stage 1
Cuma 10 peserta jer yang bole masuk kat dalam bilik ni. Time ni kena nyanyi kuat kuat biar dengar juri-juri kat situ. Tapi sebelum tu kena kenalkan diri.

 Click here to view the page
Bila da lepas stage 1 rasa hepi tau. 

Click here to view the page
(tiba-tiba ada abang photographer ni tegur dari belakang nak amek gambar)

Stage 2
Sama macam stage 1 tapi kali ni kena menari. Malu kitorang uolls tak pasal pasal kena menari depan 3juri (@cikgushafi, @Raqimball, & Najib Ali) yang dipenuhi jugak pihak astro. Memang ramai. Malunye bila diingat kembali.

Namun rezeki tak berpihak.

Sebelum keluar dari bilik stage 2 tiba-tiba terdengar,

" Kejap kejap.... "

Nampak Cikgu Shafi (jurulatih vokal untuk program Akademi Fantasia musim 4,5&6) terus bergegas bangun menuju ke arah kitorang. Dalam hati ni ada jugak berbisik kenapa pulak ni? Rupa-rupanya cikgu nak peluk kitorang la. haha. surprise la jugak! Rasa macam mimpi. Walaupon kitorang tak lepas stage 2 tu tapi still rasa bahagia. Banyak memori tercipta hanya dengan sehari. 



-----------------------------------

Jom layan video ni uploaded by The Official Astro Gempak aftalentaesb =)
Ada peserta kembar masuk ujibakat #AF2013 di JB

Click here to view the video

Sekadar berkongsi pengalaman. Bia jadi kenangan bila da tua nanti bole tunjuk entri ni dekat cucu cicit heheh =)