Wednesday, 5 June 2013

Kembar sertai Ujibakat #AF2013


Assalamualaikum

Tak sangka pejam celik pejam celik rupanya da nak sampai penghujung cuti sem da. *ni yang tak best ni. nanti kat sana tidur mesti tak cukup punyer -___-

-----------------------------------

Malam sabtu hari tu(1Jun2013) tiba tiba dapat green light dari ayah bagi pergi audition #AF2013 dekat Johor Bahru-Hotel The Zon. Malam tu jugak segala persiapan kena siapkan cepat cepat. Pegi kedai gambar amek gambar size 4R lepastu kena fotostat IC pulak. *disebabkan kitorang ni kembar so semua nye kena double double and double. *ingatkan gambar 4R tu dia nak sorang 2keping rupa-rupanya sorang sekeping jer. Tapi kalau tengok dekat iklan tb tu dia tulis 2keping kan kan kan. btol kan uolls?


Walaupon kitorang duduk dekat Batu Pahat, "Johor" tapi jarak nak ke The Zon "JohorBahru" tu bukannya dekat yer. Hampir 2jam lebih perjalanan. *thanks akak sebab sanggup berpenat lelah hantar waniealeen =) 



Bila da sampai The Zon Hotel memang macam macam perasaan ada waktu tu. Tiba-tiba rasa macam sakit perut rasa macam nak balek je rasa macam nak duduk dekat toilet jela(macam citer seniman bujang lapok tu) rasa macam kecut perut. Semua rasa ada!

Sampai jer dekat tingkat 6 terus isi borang pendaftaran. Lepastu pegi dekat kaunter and dapatla no giliran 1300 & 1300A. Kitorang bukan solo tapi duo. Then kena stay dekat satu tempat ni dia lebih kurang macam dewan kuliah gitu. Time ni banyak dengar motivasi dari abang berbaju biru. *sori tak ingat nama hehee. Paling suka time ni. Sebab dapat kenal dengan ramai orang. Yang datang dari Negeri Sembilan pon ada. Tapi rata-rata kat sini semua orang JB. Mereka semua sporting! =)

Yang dalam bulatan warna merah tu la kitorang. Tapi malangnya cuma nampak kepala jer =(
Majoriti peserta yg pegi audition LELAKI

Stage 1
Cuma 10 peserta jer yang bole masuk kat dalam bilik ni. Time ni kena nyanyi kuat kuat biar dengar juri-juri kat situ. Tapi sebelum tu kena kenalkan diri.

 Click here to view the page
Bila da lepas stage 1 rasa hepi tau. 

Click here to view the page
(tiba-tiba ada abang photographer ni tegur dari belakang nak amek gambar)

Stage 2
Sama macam stage 1 tapi kali ni kena menari. Malu kitorang uolls tak pasal pasal kena menari depan 3juri (@cikgushafi, @Raqimball, & Najib Ali) yang dipenuhi jugak pihak astro. Memang ramai. Malunye bila diingat kembali.

Namun rezeki tak berpihak.

Sebelum keluar dari bilik stage 2 tiba-tiba terdengar,

" Kejap kejap.... "

Nampak Cikgu Shafi (jurulatih vokal untuk program Akademi Fantasia musim 4,5&6) terus bergegas bangun menuju ke arah kitorang. Dalam hati ni ada jugak berbisik kenapa pulak ni? Rupa-rupanya cikgu nak peluk kitorang la. haha. surprise la jugak! Rasa macam mimpi. Walaupon kitorang tak lepas stage 2 tu tapi still rasa bahagia. Banyak memori tercipta hanya dengan sehari. 



-----------------------------------

Jom layan video ni uploaded by The Official Astro Gempak aftalentaesb =)
Ada peserta kembar masuk ujibakat #AF2013 di JB

Click here to view the video

Sekadar berkongsi pengalaman. Bia jadi kenangan bila da tua nanti bole tunjuk entri ni dekat cucu cicit heheh =)


Post a Comment