Sunday, 19 May 2013

Apa boleh buat dengan Kentang?


Assalamualaikum


Panas gila cuaca hari ni. Macam biasa meniarap depan laptop bukak youtube cari lagu zaman kegemilangan dulu dulu punyer. Bukan apa bosan la dengar lagu sama jer. Kita cari mood baru dengarkan balek lagu lama lama. Best giler bila jumpa lagu ost Romeo and Juliet yang pernah hangat suatu masa dahulu. *ingat lagi, masa tu kteorang kecik lagi budak budak. ibu dengan akak excited bile tengok citer ni sampaikan bukak lagu ni macam nak pecah gegendang telinga dibuatnya =D

Click here to view the video

Bagai dibuai mimpi dengar lagu ni sambil mengimbau kembali kisah cintan ku.. * layaannn.. Keadaan kteorang tak ubah seperti homeless yang tiada arah tuju. Sebelum ditegur ayah cepat-cepat kteorang bangun pergi dapur buat la apa yang patot. Nampak kentang dekat level paling bawah. Otak ni ligat memikirkan apakah yang bisa dibuat dengan kentang? *da macam masterchef la pulak kena pikir luar dari kotak fikiran #UjianCiptaRasa. 


 
Thanks for all the ideas =)

And finally here it comes! 

 






Bahan asas kentang, tepung gandum, tepung pisang goreng adabi, tepung beras(nak kasi rangup), roti. Tumis kentang tu ikot citarasa korang. Asalkan sedaapp. Lebih kurang jer macam nak buat inti epok-epok tu =) . Tapi ubah guna roti. 


p/s : epok-epok adalah nama lain bagi Karipap =) Selamat mencuba!

Post a Comment