Thursday 16 May 2013

Resipi Oreo Cheese Cake


Assalamualaikum

Hi korang, how are you? We're fine. As long as we're home, we're fine hehe =)  Sedang apa dan dimana..? *ermm ni semua impact dari citer Ariana Mikhail la. hari hari dok nyanyi lagu Sammy Simorangkir tu.and tak mau lepaskan peluang langsung tengok citer tu. setiap hari slase sampai la kamis tepat jam 10malam adalah masa untuk dok ngadap tb and try to conquer it. taknak bagi orang lain tukar channel tb, hehe sorry.main reason adalah kerana Sein tu he is so cute and hensem plus caring and loving father. hehe =) tapi kengkadang kalau terlepas terpakse la tengok online jer kat flm2u.com.

Ariana Mikhail said, "Cinta pertama, Cinta selamanya"
really hope that this phrase will comes true in my life! Like a fairy tales =')

Nak kata kembar ni rajin, idoklah jugak. But when it comes to dessert excitednye bole mengalahkan excited nak tengok Ariana Mikhail hohoho. Entah macam mana bole terpikir nak buat Oreo Cheese Cake #OCC.  Apa lagi siap siap pegi Aeon Big ajak ibu. Ye memang kembar belanja tapi ibu la yang bayar hehe =) a big thank to mom sebab sudi melayan karenah anak anak kembar dia yang comel ni *over la haipp 

Bahan-bahan:
untuk dijadikan lapisan bawah kek
1 1/2 pack biskut Oreo (ambil biskutnya sahaja)
60gm mentega (dicairkan)

Bahan A
500gm cream cheese
65gm mentega
100gm gula kastor

Bahan B
*2sudu besar gelatine / 2pek sebuk agar-agar
                                             [*pilih antara satu]
Bahan C
*1biji lemon (diambil jusnya) / natural yogurt 
4 keping biskut oreo (dipatah-patahkan)
1 1/2 pack biskut Oreo yang digunakan di lapisan bawah kek tadi (ambil krimnya sahaja)
                                                                     
Lain-lain
300ml whipping cream
1 loyang spring form
                                                                        
Cara-cara:
1. Gunakan hanya 1 setengah packet biskut Oreo sahaja daripada 2 packet. Kemudian asingkan krim dengan biskut . Kisar biskut yang telah diasingkan krimnya sehingga hancur. Panaskan 60gm mentega sehingga cair. Setelah itu gaulkan biskut oreo yang telah dikisar tadi bersama dengan mentega yang cair sehingga sebati. Bubuh ke dalam loyang spring form lalu tekan hingga mampat. *loyang spring form ni loyang yang bole ditanggalkan tepinya supaya senang nak bukak bila nak dipotong atau dihidangkan kek nya nanti =) Masukkan ke dalam fridge.



Ini la dia loyang spring form ! Korang bole dapat dekat kedai jual peralatan nak buat kek.

2. Pukul whip cream dan ketepikan sebentar.
3. Pukul (Bahan A) cream cheese bersama mentega dan gula kastor sehingga kembang dan putih. Ketepikan sebentar. 
4. Panaskan sedikit air dalam periuk kecil. Agak agak air da suam, padamkan api. Kemudian masukkan (Bahan B) 2 paket serbuk agar-agar lalu kacau hingga larut. 
5. Masukkan whip cream, Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A. Gaul sehingga rata. 


5. Sejukkan dalam frozen selama 4-5jam. 

Inilah Oreo Cheese Cake =)
siap untuk dimakan

host masakn anda untuk arini. *ada hati nak masuk #masterchefmalaysia.pedulikan
tabik hormat cepat! Kbye

Selamat Mencuba! 

No comments: