Tuesday, 7 May 2013

Air Batu Kekalkan Solekan


Assalamualaikum

Siapakah diantara uolls ni yang tak sukakan air batu? Ha ada? Temberang la uolls ni masa kecik-kecik dulu mesti la uolls suka kan kan. Taknak ngaku konon. Kembar pon pernah alami zaman kanak-kanak la. Tapi bila da besar ni nak taknak kena la kurangkan. Sebabnya air batu ni tak elok tau untuk kesihatan. Lagi lagi lepas makan tak elok jikalau uolls 'mengunyah' air batu. Sebabnya air batu yang memang sejuk tu secara tak langsung akan membekukan makanan berminyak dalam perut sekaligus melambatkan proses penghadaman!

Tapi dalam keburukannya pasti terselit kebaikan. Air batu mampu mengekalkan solekan. 


Nak tau how it's work?

Sebelum mengenakan solekan dimuka cuci muka uolls tu bersih bersih dulu. Lpas tu amek beberapa ketul air batu dan sapukan dimuka uolls selama lebih kurang 3minit. *nak sampai cair terus air batu tu pon takpe. hehe macam kembar buat la selalu. =) Setelah itu lap muka dengan tuala yang telah direndam dengan air batu. Bila muka uolls da kering baru la bole main makeup.

Kesannya?

1. Solekan anda tahan lama
2. Wajah lebih berseri dan segar

Selamat mencuba!

Post a Comment