Friday 3 May 2013

Resipi Krim Karamel


Assalamualaikum

MasterChef Selebriti aritu masa cabaran sajian luar ada salah sorang peserta yang buat Karamel untuk team merah. Uolls ingat lagi tak? *kalau yang tengok tu mesti ingat lagi kan =) so now it's our turn to do the 'Krim Karamel'. Actually Karamel ni ada 2 jenis , guna telur dengan tak guna telur. But for this time we want to make the caramel with telur =) 

Bahan-bahan:
2 tin susu cair
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar esen vanila
6 biji telur
1 cawan gula pasir(untuk gula hangus)

Cara-cara:
1. Ambil periuk dan masukkan satu cawan gula. Dengan api yang kecil, kacau gula sehingga ia hangus dan cair. Jika uolls lihat gula sudah mula mencair dan sedikit hangus, uolls boleh matikan api kerana panas pada periuk boleh melakukan proses menghanguskan gula. Jika tidak, rasa gula hangus uolls akan pahit. *kalau bole tak nak la ada rasa pahit. cukup dengan warna kuning kecoklatan. ada juga sesetengah orang buat gula hangus dengan mencampurkan sedikit air. bole jugak guna kaedah tu =)
2. Setelah itu dengan *segera tuangkan di dalam loyang. *masa ni uolls jangan tunggu lama sebab ia akan mengeras! biarkan ia mengeras dan ketepikan.
3. Dalam bekas lain, satuka telur, susu, gula dan esen. Pukul sehingga telur betul-betul hancur.
4. Kemudian tuangkan ke dalam loyang berisi gula hangus dan kukus. *biasanya ia dikukus selama setengah jam namun ia bergantung pada bekas/loyang yang uolls guna. jangan gunakan loyang yang terlalu tinggi takut bahagian tengahnya lambat masak.


5. Setelah masak biarkan  ia sejuk dan barulah uolls masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah disimpan dalam peti sejuk paling kurang 6-12jam, barulah uolls boleh terbalikkan di atas pinggan. *jangan lupa gula hangus akan cair, so uolls perlu guna pinggan/mangkuk yang sesuai.



p/s : Krim Karamel jarang dimakan sebaik sahaja ia dimasak, kerana ia enak dimakan sejuk =)


No comments: