Friday, 19 April 2013

Resipi Makaroni Cheese


Assalamualaikum

Masih lagi dalam mood cuti sem. Seperti yang dijanjikan cuti sem ni si kembar nak habeskan masa dengan mencuba recipe baru. Kali ni kembar nak buat Makaroni Cheese. *bole la makan bersama dengan nasi. 'makanan berat la katakan' hehe =) Mula mula ingatkan nak buat recipe ni susah. Tapi rupa rupanya mudah jugak. Sebab bahan bahannya pon mudah nak dicari. Korang pon bole try jugak tau. Guarantee jadi punye la. *believe me ok.

Bahan-bahan: 
Untuk direbus
200gm makaroni(rebus hingga lembut)

Untuk ditumis
2 ulas bawang putih(cincang halus)
1/2 bawang besar(cincang halus jugak)
1/4 cm halia
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar rempah beriani
1 biji tomato(cincang)
300gm daging kisar
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk pati ayam

Untuk dibakar
150gm susu cair
4 biji telur



Cara-cara:
1. Rebus makaroni tu dulu sampai jadi lembut.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan masukkan campuran serbuk kari dan rempah beriani. Kacau rata. Tambah air secukupnya.
3. Masukkan daging, garam secukup rasa, lada hitam dan pati ayam, tomato,  kacau rata.
4. Bila da didih masukkan makaroni rebus tadi tu. Kacau sampai rata.


5. Pre heat oven 150 darjah celcius.
6. Masukkan bahan bahan yang da ditumis tadi ke dalam loyang/bekas tahan panas.
7. Pukul susu cair dan telur. Kemudian curahkan ke atas campuran makaroni tadi.
8. Taburkan keju di atasnya dan bakar dalam oven yang da siap dipanaskan tadi selama 30minit.

 before

after =)

So amacam? senang je kan. Kalau korang rasa nak cuba, cuba je la. Jangan segan silu. Selamat mencuba!

Post a Comment