Tuesday, 29 January 2013

Resipi Pavlova


Assalamualaikum

Hai uolls. Today we gonna make Pavlova and I'm your host for today and  I'm gonna take you guys on the making of Pavlova. But first of all uolls tau tak apa tu 'Pavlova' ? Ha ada yang tak tau? Takpe takpe jangan gelabah. I'll explain what is pav actually. Ha yang da tau tu duduk diam diam senyap senyap buat buat macam tak tau jugak. *konon konon jer. Layankan jer la ok. Yela I kan host masakan uolls hari ni. *berhenti rehat sebentar.

Mesti uolls tertanya tanya kan kenapa tiba tiba I ni rajin sangat? Ni semua gara gara MasterChef. Masa tengok MasterChef musim kedua tu kan ada satu episod di mana cabarannya kena buat Pavlova. Uolls ingat lagi tak? Kalau yang ingat tu bagosla means korang pon mesti tengok kan episod tu tapi kalau yang tak ingat tu hmm mesti tak tengok sebab terlepas episod tu eh? ker uolls memang tak tengok langsung. *haa yang mana satu? huhu tepok dada tanya selera. Start dari situ la I tanam azam bersama dengan kembar tercinta nak buat Pavlova ni. Dan azam tu pon tercapai alhamdulillah. *congratz woww ahaks tersipu malu la plak

Pavlova ni sejenis meringue cake di mana bahan asasnya hanyalah menggunakan buih putih telur dan gula. Bahagian luarnya sedikit garing. Tapi isinya pula sangatlah lembut. Bila dimakan terasa gabungan manis dan masam bergabung menjadi meletop debabung. *woww


Let's start our journey ! *yahuuuu ;)

What we need?

Bahan A:
250 gm putih telur
300 gm gula kastor

Bahan B:
1 sudu besar cuka
1 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung



Haa. Tau tak apa gambar kat atas tu? Warna merah tu. Tantek I like it ! Mesti la tau kan. Ni la kitchen scales kita gunakan benda alah ni untuk timbang berat badan. *haha mengarut. Kalau ada yang percaya maknanya korang sume da tertipu. *haha ape la. Da tentu benda ni kita guna dalam masakan. Macam nak timbang gula, mentega, tepung jagung, tepung gandum, apa apa lagi la yg uolls nak timbang asalkan tak timbang berat badan suda. 



Next step jom kita pecahkan telur. Wait wait. Pecahkan telur tu hati hati sikit yer. Sebabnya kita nak asingkan putih telur dengan kuning telur tu ok. Pisahkan dia orang dua ni. Jangan satukan. Dia orang tidak ditakdirkan untuk bersama ! 250 gm putih telur. Kalau ikotkan masa I buat aritu I perlukan lebih kurang 8 biji telur untuk cukupkan 250 gm tu.



Kita kisar telur dulu ok biar dia naik jadi kembang. Agak agak da ok tu baru masukkan gula kastor. Kisar sampai la dia jadi meringue. Apa tu meringue? Meringue tu adunan takkan jatuh apabila diterbalikkan. Cer tengok gambar kat ats ni. Uolls nampak tak apa yang I nampak? Adunan tu tak jatuh kan bila di kaut dengan sudu dan diterbalikkan. Hebatkan. *wow


Masukkan pula Bahan B satu persatu dan teruskan kacau sampai la sebati. Masukkan cuka, esen vanila. Sampai la adunan tu jadi macam krim yang gebu. Nice right. :)


Masa untuk bakar pulak. Sebelum tu kita alas adunan dengan kertas. Bakar selama satu setengah jam dengan suhu 130 darjah celcius. Bila adunan dah siap dibakar, tutup suis ketuhar biarkan ia sejuk di dalam ketuhar. Bila da siap nampak garing kan luarannya. Ooppss journey kita belum sampai ke penamatnya. Jauh lagi perjalanan yang harus ditempuhi. Masa untuk buat krim kek. Korang buat la krim nya guna apa cara sekali pun. Asalkan ia nya krim ok.


LAST! Krim tu sapu atas adunan yang da siap dibakar dan disejukkan. Masa untuk hias. Korang bole letak apa pun buah buahan yang korang suka. I letak buah kiwi *peberet tu dengan peach. Uolls nak letak stoberi ker anggur ker laici ker bole jer. Terpulang. Kalau bole biar buah tu bantu naikkan kaler Pavlova korang tu ok.

And the Pavlova is ready to be serve. *yummy. Bila dipotong nampak tak dalam nya lembut sangat sangat memang terbaik la. Ni first time I buat pavlova tau. Memang seronok sangat bila tengok meringue nya jadi tapi hmm ada something wrong. Pavlova yang I buat ni kan manis sangat la uolls. Tak elok untuk kesihatan. So 300 gm gula kastor tadi tu I nasihatkan uolls kurangkan la yer. Sukati korang la berapa berapa pon yang korang nak letak tapi yang pasti jangan 300 gm ok.

Selamat mencuba !

Post a Comment