Monday 21 January 2013

Pizza Pah



Assalamualaikum

Heyo people do you miss me? Omg rindu giler ok dekat blog ni. Adakah korang merindui aku jugak? Hehehe hampir sebulan aku tak update. Sorrylah aku buzy menguruskan kehidupan as a Banking student semenjak dua menjak ni sampai terlupa tentang dunia cyber ni hehehe..

Memandangkan takde apa sangat yang berlaku dalam kehidupan seharian aku ni, so aku just nak kongsikan pasal satu gerai makan yang baru jugak la ditubuhkan di Intan Food Court 'IFC' UiTM Segamat, Johor. Mesti korang keep wondering kan gerai makan apa la tu.

Tunggu dulu tunggu dulu. Sabar yer. Korang realiza tak sejak kebelakangan ni kan cuaca tak tentu kan. Kadang panas kadang sejuk. Tapi yang aku tahu kat Johor ni memang rata rata tengah bermandikan hujan. Sejuk uolls. Nak pegi mana mana sejuk tau. Nak mandi jangan cakap haha. Kalau basuh baju tu jangan la berharap nak sidai kat ampaian bawah tu. Korang tinggal kejap dalam 30 minit habes basah balek baju uolls. Kan sia sia tu. Sebab tu la aku sidai kat ampaian wing 1D  ni tak pon dalam bilik jela haha. Haish diam diam jangan bagitahu orang laen tau. Ni rahsia kita. Haha *gelak diam diam tak keluar bunyi tapi gigi arnab ni masih kelihatan haha. Pesan aku untuk korang semua, take care ok.

Ok gerai makan yang aku nak citer tu pasal gerai 'Pizza Pah'. First time bila nampak signboard 'Pizza Pah' ni kan aku sempat terdetik

"sedap ker pizza pah ni?..."

"pizza apa ni?..."

"tah apa apa la pizza "PAH" ...huahua.." *nampak tak betapa jahatnya I ni uolls

Hehe sebenarnya kan aku memang nak sangat rasa secubit rasa pon cukupla. Aku pon tunggu jer siapa la yang nak offer nak belanja aku makan pizza tu. Tapi sampai la ke arini orang nye tak ketemu jua. Huhu sedih tau I uolls. So lastly I decided to buy it myself. Apa lagi I pon tanpa segan silu melangkah ke gerai pizza pah tu. *da la mengata yang bukan bukan tadi huhu. Order yg size kecik jer tak mampu nak beli yang besak besak. Yang kecik tu 1 RM 7 kalau yang besar tu pulak 1 RM 13. Aku pegi order dengan kawan baik aku nama dia Fifin aka Pipin. Pipin ni comel jer tau. Nak tau kenapa? Sebab dia kecik dia rendah dari aku. Haha tak baik la aku ni. Kan.


Ni la best pren aku yang aku citer tadi tu. Fifin Farina. Dialah sahabat aku kat sini. Time ni kita orang depan IFC tu la. *takde beza la pulak tinggi kite orang ni haha. Ok fine. Whatever.


Inilah dia pizza yang digembar gemburkan itu. Nampak sedap kan. Memang sedap pon. Betul tak tipu pon. Nak satu? Bole jer uolls pergi la beli sendiri yer. Yang aku tahu kat sini pizza nya cuma ada 4 perisa, chicken, daging, tuna and seafood. Nak tahu lebih lanjut, jom layari laman sesawang PizzaPah.com. PizzaPah, The Malaysian First Muslim Frozen Pizza Manufacturer. wahh.. lagi penting PizzaPah ni sebuah Syarikat Milik Penuh Bumiputra Islam. Congratz! Keep it up.

Thank you for reading this entry !

No comments: