Thursday, 20 September 2018

Makeup Service Area Kuala Lumpur & Johor



Assalamualaikum

Harini aku rasa sebak sangat. Itu yang tiba tiba teringat nak mencurahkan perasaan dekat sini. Kenapa aku sebak? Rahsia. Kadang kadang tuh kan aku rasa nak resign nak cari kerja lain yang lagi better. Aku selesa kerja sekarang ni, environment okay, Project Manager aku pon okay. Masuk air sama macam aku. Haha. Ini kalau En Faiez baca ni aku lari dulu =D

Weekend lepas aku dengan kembar aku rasa nak main makeup. Yela alat makeup dah ada cuma jarang guna. Beli dekat Pavillion. Ori tau brand NARS pulak tuh. So kiteorang pon makeup la lepas zohor macamtuh sampai la ke Asar. Boleh tahan lama juga la makeup. It takes about 2 hours okay. Kalah MUA dekat luar sana tuh. 

Kiteorang dulu pernah la ambil kelas makeup dengan Makeup Artist famous dekat Malaysia ni. Dato Alhaalfa. Walaupon steps da lupa, tapi buku catitan kiteorang masih ada lagi masih elok. So sambil makeup sambil refer notes tau. Gigih tau. Dan inilah hasilnya


Tadaaaaaaa



                                         Before                                                                    After



 Cantik tak sis makeup diri sendiri hehe masih banyak perlu diperbaiki. Sekarang sis da start belajar makeup online tau sebab nak asah bakat lagi biar tajam



Aku namakan ni makeup nikah. Simple eyeshadow pon tak berat. 
Sangat sesuai untuk mereka yang bakal bernikah kelak.



Ini kembar aku makeup diri dia sendiri. Kali ni makeup heavy sikit sesuai la untuk Majlis Resepsi pulak.

Before                                                                    After




Haa macam mana? Berkenan tak? Kalau berkenan tunggu apa lagi search jer @thekatakhijau. Tengok bio profile lepastuh cepat cepat whatsapp kembar tau. Kembar tunggu!


Konklusinya di sini, kalau korang tengah mencari cari MUA area Kuala Lumpur dan juga Johor, boleh lah contact kembar. Harga? Jangan risau kiteorang punya harga sangatlah berpatutan. Kembar kasi harga kasih sayang tau. Cepat cepat book slot makeup dengan kembar tau. Nak contact macam mana? Refer below




Thank you for reading this entry!


Friday, 22 June 2018

Salam Aidilfitri 2018



Assalamualaikum

Alhamdulillah. Aku bersyukur masih diberi nikmat untuk menyambut Syawal tahun ini. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berbakti kepada ibu ayah. Aku bersyukur dikurniakan mereka mereka yang menyayangiku.


Oh, tiba tiba aku teringat. Semalam ada seorang colleague dekat tempat aku kerja tanya dekat aku.


"Macam mana kita nak lupakan seseorang yang pernah kita sayang?"

Well, jawapan aku simple!

"Sampai bila bila pun kita takkan dapat lupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita lagi lagi kalau orang tuh pernah kita sayang teramat..."


That's true! Korang jangan nak menafikan kata kata aku tuh ek. Sebab aku mengaku sampai sekarang aku tak boleh lupakan dia. Kadang kadang tuh ada lah aku stalk dia. Aku stalk bukan sebab aku masih sayang tau tapi sebab aku nak tengok dia bahagia tak sekarang. Kalau dia bahagia baguslah aku pun tumpang gembira. Aku pernah terbaca satu ayat ni,


"Sayang tak semestinya memiliki. Cinta tak semestinya memiliki. Seandainya dia bukan ditakdirkan untuk kita, redha. Doakan  dia..."

Itu yang aku buat. Aku sentiasa doakan dia dari jauh. Melihat dia berjaya dan bahagia buatkan aku terus bangkit. Why nak seksa diri untuk terus bersedih.

"Kita takkan boleh lupakan seseorang yang pernah kita sayang sampailah kita jumpa pengganti dia"

Alhamdulillah. Aku dah jumpa pengganti dia. Orangnya baik. InshaAllah tahun depan aku plan nak bertunang. Tapi aku hanya merancang. Allah sebaik baik perancang. Doa yang baik baik untuk aku dengan kembar aku tau.


Selamat Hari Raya semua!




Thank you for reading this entry!