Friday 22 June 2018

Salam Aidilfitri 2018



Assalamualaikum

Alhamdulillah. Aku bersyukur masih diberi nikmat untuk menyambut Syawal tahun ini. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berbakti kepada ibu ayah. Aku bersyukur dikurniakan mereka mereka yang menyayangiku.


Oh, tiba tiba aku teringat. Semalam ada seorang colleague dekat tempat aku kerja tanya dekat aku.


"Macam mana kita nak lupakan seseorang yang pernah kita sayang?"

Well, jawapan aku simple!

"Sampai bila bila pun kita takkan dapat lupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita lagi lagi kalau orang tuh pernah kita sayang teramat..."


That's true! Korang jangan nak menafikan kata kata aku tuh ek. Sebab aku mengaku sampai sekarang aku tak boleh lupakan dia. Kadang kadang tuh ada lah aku stalk dia. Aku stalk bukan sebab aku masih sayang tau tapi sebab aku nak tengok dia bahagia tak sekarang. Kalau dia bahagia baguslah aku pun tumpang gembira. Aku pernah terbaca satu ayat ni,


"Sayang tak semestinya memiliki. Cinta tak semestinya memiliki. Seandainya dia bukan ditakdirkan untuk kita, redha. Doakan  dia..."

Itu yang aku buat. Aku sentiasa doakan dia dari jauh. Melihat dia berjaya dan bahagia buatkan aku terus bangkit. Why nak seksa diri untuk terus bersedih.

"Kita takkan boleh lupakan seseorang yang pernah kita sayang sampailah kita jumpa pengganti dia"

Alhamdulillah. Aku dah jumpa pengganti dia. Orangnya baik. InshaAllah tahun depan aku plan nak bertunang. Tapi aku hanya merancang. Allah sebaik baik perancang. Doa yang baik baik untuk aku dengan kembar aku tau.


Selamat Hari Raya semua!




Thank you for reading this entry!

No comments: