Thursday, 24 March 2022

Pregnancy Diary : Miscarriage

Assalamualaikum 

Walaupun dah 2 bulan keguguran tapi terasa masih segar dalam ingatan. To be honest, bila Wani duduk sorang sorang mesti Wani akan teringat pasal tu. Lagi2 bila tengah drive sorang lepastuh keluar pula lagu sedih kat radio lagi la melayan perasaan. Baru tau yang Wani boleh drive sambil menangis LOL. Buat masa sekarang memang tak boleh dengar lagu Stevan Pasaribu - Belum Siap Kehilangan & Raffa Affar - Cinta Sampai Mati (Wani ada draft pasal miscarriage dekat tiktok letak lagu ni cuma belum post lagi). Boleh nangis kalau dengar. Orang nampak kita kuat tapi hakikatnya kita je tau apa yg kita lalui. "
 
"Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku, suamiku dan orang sekelilingku." 

Kisah bermula pada 05 Januari 2022 hari Rabu. Masatu Wani da lewat period seminggu. Terdetik dihati nak try buat pregnancy test. Bangun tidur pukul 5:30pagi. Terus capai tuala and pregnancy test masuk toilet. Dalam hati rasa berdebar juga dupdapdupdap. Sambil gosok gigi sambil mata jeling ke arah pregnancy test. Bila nampak 2 line air mata terus mengalir. Nangis sorang sorang dalam toilet tau. Dalam hati inilah agaknya perasaan seorang isteri yang pertama kali melihat pregnancy test 2 line positive ye. Ya Allah bahagianya rasa tak terungkap dengan kata2. Terus cepat2 mandi. Nak kejut husband tapi tengok husband tengah tidur. So tunggu la sampai husband bangun tidur. Bila husband da bangun tidur, taktau macam mana nak start conversation pula. Kejap tersengih2 kejap ke sana kejap ke sini haih. Aduh macam macam la kau ni Wani. Bagitau jela kau pregnant! HAHAHA Itu pun susah ke?

 Husband terus masuk toilet nak mandi. Datang satu idea. Wani pun letak pregnancy test atas meja. Dengan harapan husband nampak la nanti. Sementara tunggu husband siap mandi semua, Wani pergi panaskan enjin kereta. Memang setiap pagi sebelum pergi kerja Wani sejenis suka panaskan kereta dulu. Masuk je bilik nampak husband tengah pegang pregnancy test. Husband tanya "sayang betul ke ni?" "Betul la 2 line kan tu" jawabku. Husband terus peluk and menangis. "Ya Allah inilah saat yang daku tunggu setelah sekian lama. Terima kasih Ya Allah kau dengar doa daku kau makbulkan doa daku." 


Mula2 try yang biasa dulu hehe


Lepas confirm positive baru beli yang digital gitu


Sejak tau pregnant terus beli kacang & kurma sebab orang cakap bagus


Stock kacang letak dekat office





Sejak tau pregnant husband suka belikan aiskrim. Sanggup pergi mall lepas habis kerja semata mata nak belikan aiskrim. Padahal tak minta pun

Hari Ahad 09 Januari 2022, kalau korang nak tau Wani ada habit jenis suka mengemas almari pakaian. Bila weekend je tengok almari pakaian tak kemas memang sejenis akan keluarkan semua pakaian and susun balik lipat balik bagi cantik (bagi sejuk mata memandang). Masa ni perut da rasa cramp. Tengah cramp pun kerja mengemas melipat still on ye. Bila da settle semua, pergi toilet nak mandi and terperanjat sebab dekat seluar ada spotting warna coklat. Terus cepat2 mandi and baring. Make less move and bedrest. Masa ni da panic takut risau semua ada. Cari nearest clinic dekat IG & FB. Sempat Whatsapp story pasal spotting apa semua tu. Doc cakap it's normal untuk awal pregnancy. Ok lega rasa. 

Rabu 12 Januari 2022, 9:00pagi sampai office terus check. Spotting masih on since Ahad lepas. Ni da masuk hari ke-4 spotting siang malam. My sister suggest suruh pergi Hospital check. Terus pergi PAC Hospital Ampang dengan husband. Tapi husband tak boleh masuk. So Wani sorang je masuk dalam. Husband tunggu dalam kereta. Doc scan and Doc cakap size baby kecik tak tally dengan 6 minggu. Kalau ikutkan dari tarikh 1st day last period baby should now 6 weeks. Doc cakap it's ok nanti datang lagi 2 minggu untuk check. Doc buat appointment datang lagi 2 minggu. Doc pun cakap it's normal spotting early pregnancy. Keep positive thinking. Cumanya kalau keluar darah atau sakit yang teramat, Doc suruh cepat2 datang Hospital.


PAC Hospital Ampang


Assalamualaikum anak mummy


Jumaat 14 Januari 2022, bangun tidur nampak spotting darah bukan spotting coklat macam before. Masa ni Allah je tau perasaan. 6:00petang darah makin banyak keluar. Terus tukar pad. Tapi masatu tak cakap lagi dekat husband yang spotting coklat da bertukar jadi darah and makin banyak. Lepas maghrib baru ada keberanian nak cakap dekat husband. Terus shoot pergi Hospital Ampang. Doc buat transvaginal scan dari bawah, nampak kantung janin da dekat bawah. Tunggu masa je nak jatuh keluar sendiri. Doc suruh balik and monitor sendiri kantung janin keluar. Doc pesan kantung janin tu ada selaput putih and selalu sebelum keluar perut akan rasa sakit macam senggugut. 12:00malam sampai rumah terus peluk husband nangis. Rasa macam tak percaya pun ada. Kebahagiaan yang dirasai minggu lepas kini bertukar menjadi kesedihan. 


PAC Hospital Ampang 8:45malam




Sabtu 15 Januari 2022, 6:00pagi bangun tukar pad. Perut takde rasa sakit pun and takde selaput putih keluar. 6:30pagi nak sambung tidur tapi terbantut sebab perut rasa sakit teramat. Masa ni melayan la rasa perut sakit macam senggugut. Wani sejenis bila senguggut memang period pain dekat perut and peha sakit teramat. Masa ni cakap dekat perut, "baby, baby kalau nak keluar keluar la. Mummy redha. Janganla bagi mummy sakit" Terus tertidur. 7:30pagi tersedar terus pergi toilet check. "Ya Allah ini ke kantung janin yang Doc cakap tu" Terus ambil bekas KFC kecik tu masukkan kantung dalam tu. Tunjuk husband tapi husband tengok dari jauh  je sambil tutup hidung. HAHAHA LOL. Sedih belum sampai lagi masa ni memang takde perasaan apa2. 8:15pagi sampai Hospital Ampang. Doc scan perut dah clear takde apa2 tertinggal. Doc suntik ubat kecutkan rahim dekat peha sebelah kiri. Masa Doc scan tu cakap baby da keluar Wani nangis depan Doc. Masa ni da start rasa sedih. 12:30tengahari call husband suruh pickup depan PAC Hospital Ampang. Masuk je kereta Wani nangis non stop. Serius tak boleh handle rasa sedih tu. Seharian nangis sampai mata bengkak ye.
 

Bekas KFC buat letak kantung janin jap


While waiting for Doc





Isnin 17 Januari 2022, bermulah pantang day Wani. Wani ambil pakej urut pantang 3 hari sahaja (as suggested by Kak Jun confinement lady Lulur Home SPA Batu Pahat, Johor). Kak Jun cakap 3 hari cukup sebab gugur bukan bersalin hehe. 


Inilah Kak Jun. CL yang urut Wani masa pantang harituh. Orang Batu Pahat, Johor yang tengah cari confinement lady, yang nak urut, nak mandi bunga, nak scrub 1 badan ke boleh la contact Kak Jun ni Recommended sangat. Dah la peramah, baik hati pula tu. Memang senang nak masuk la dengan Kak Jun ni. 


1st time rasa bertungku batu sungai. Best 





Antara menu pantang disediakan oleh Kak Jun 

Kepada semua yang mengenali Wani, Wani nak minta maaf kalau sepanjang perkenalan kita ada salah silap terkasar bahasa sehingga mengguris perasaan sesiapa. Mohon maafkan segala salah silap Wani. Doakan semoga Allah kurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah, sihat, cukup sifat buat Wani & husband in future. Aaminn YRA. Semoga yang baik2 juga buat semuanya. Terima kasih atas kata2 semangat korang. Love korang.

Confinemet Lady (Kak Jun)
Facebook: Lulur Home Spa
Contact No.: +60 13-716 1170

Thank you for reading this entry!

Tuesday, 23 November 2021

Review: Braces at Dental Legacy Ampang

Assalamualaikum

I started pakai braces on January 2016. Masatuh lepas habis degree & Intern dekat ASNB Batu Pahat, Johor. So ada la extra money untuk bayar deposit. I went to Klinik Pergigian Azman, Batu Pahat dekat Jalan Mengkudu near to The Summit Mall. I pergi situ sebab my friend masa study dulu dia pakai braces dekat situ since diploma if not mistaken. So, I just cakap dekat Doc Azman yang I nak pakai atas sahaja untuk rapatkan gigi arnab I. Deposit sangat lah murah RM500 sahaja and monthly appointment I kena bayar RM80 sahaja. 

Sepanjang 2016 tuh memang I konsisten la pergi for monthly checkup. On 2017, I dapat offer kerja dekat KL. Since that, I memang jarang balik Batu Pahat for monthly braces checkup. Di pendekkan cerita sampai la lockdown on 2020. Lagi la memang tak boleh rentas negeri balik kampung. After married, I decided to change to other clinic here which is Ampang (near to me la). 

On 9/11/2021 Tuesday, I book appointment at Dental Legacy Ampang near to Ampang point. So first day, Doc Abdullah check gigi I, Xray gigi I and he did explain as well type of braces yang terbaik untuk I, refer xray and explain what will happen to my teeth at the end of the appointment. Doc Abdullah suggests me to wear self ligating braces. Masatuh I was like ok baru tau braces ni ada macam macam jenis. 

Braces free for 1 week only 😀 Gigi I makin jarak dari before pakai braces. Tak percaya? Refer below pic on 2015


2015 sebelum pakai braces

A week after on 16/11/2021, Doc Abdullah start pakaikan I braces self ligating. Mula mula pakai memang I rasa lain sangat sebab pakai bawah sekali kan. Before I pakai atas sahaja. Seminggu tuh gigi bawah I rasa sakit. Nak gosok gigi pun sakit so I gosok perlahan je and bila ada objek keras macam berus gigi terkena dekat gigi bawah tuh Ya ampun sakit nya tuh orang pakai braces jer faham. Untuk gigi atas I takde rasa sakit ke apa mungkin sebab dah lama pakai braces kan. So ok jer. Bila makan pulak seriously banyak giler sisa makanan melekat dekat gigi bawah. So what I did? I just kumur kumur guna mineral water sahaja. Tapi kalau ada sisa makanan yang susah nak tanggal tuh I guna pencungkil gigi. Sebelum balik staff ada bagi I berus gigi khas untuk braces, orthodontic wax braces and interdental burshes. 3 benda ni cost RM75. Don't worry kalau korang tak reti guna staff akan tunjuk ajar macam mana nak guna.

Hari pertama pakai braces self ligating


3 items yang korang akan dapat which cost RM75


Berus gigi ni pakai masa nak berus dekat tempat braces sahaja. Tempat lain boleh berus guna berus gigi korang


Video credit to Dental Legacy Ampang


Pic credited to Dental Legacy. Ini antara type of braces yang provide dekat sana and price range untuk korang refer

For those yang nak tau harga braces dekat Dental Legacy Ampang, boleh refer bawah ni. I share dengan korang so that korang boleh prepare before going there ok! 

p/s: update monthly
1st appointment (9/11/2021) - Deposit RM500
2nd appointment (16/11/2021) - Deposit RM1,500 + RM75
3rd appointment (17/12/2021) - Monthy Orthodontic Treatment RM200

4th appointment (14/1/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
5th appointment (18/2/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
6th appointment (17/3/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
7th appointment (15/4/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200 - Balance RM4,000
8th appointment (27/5/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
9th appointment (24/6/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
10th appointment (29/7/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
11th appointment (30/8/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
12th appointment (30/9/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200 - Balance RM3,000
13th appointment (24/10/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
14th appointment (25/11/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
15th appointment (30/12/2022) - Monthy Orthodontic Treatment RM200 + RM160 (Ortho Rebracket sebab braces tertanggal)

16th appointment (24/1/2023) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
17th appointment (24/2/2023) - Monthy Orthodontic Treatment RM200 - Balance RM2,000
18th appointment (31/3/2023) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
19th appointment (28/4/2023) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
20th appointment (26/5/2023) - MMonthy Orthodontic Treatment RM200
21st appointment (30/6/2023) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
22nd appointment (28/7/2023) - MMonthy Orthodontic Treatment RM200 - Balance RM1,000
23rd appointment (25/8/2023) - Monthy Orthodontic Treatment RM200 + RM80 (Ortho Rebracket sebab braces tertanggal)
24th appointment (29/9/2023) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
25th appointment (27/10/2023) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
26th appointment (24/11/2023) - Monthy Orthodontic Treatment RM200
27th appointment (29/12/2023) - MMonthy Orthodontic Treatment RM200 - Balance RM0


Contact No. +60 18-469 2035
Business Hours: MON - FRI : 10:00am - 7:00pm
  SAT - SUN : 10:00am - 5:00pm 

Thank you for reading this entry!