Wednesday 17 June 2020

Self-Reward: Perodua Myvi 1.5 Advance Merah

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah 4 tahun bekerja impian aku nak ada kereta sendiri tercapai. Sepenuhnya duit aku tanpa bantuan ayah. Aku plan nak ada kereta sebelum kahwin and sebelum Raya Aidilfitri 2020. (alhamdulillah kereta keluar sebelum kahwin tapi semasa Raya Aidilfitri 😅). Impian nak beli kereta Myvi color merah ni dah lama sebenarnya dari tahun 2017 masa mula mula Myvi third generation keluar. Tapi aku simpan impian aku tuh dalam dalam.  

"Sentiasa sebut benda yang baik-baik sebab kata-kata itu adalah doa yang melantun", bak kata Hanis Zalikha

Last year 2019 every morning setiap kali aku nak pergi kerja, bila aku nampak Myvi 1.5 color merah lalu depan aku, aku dah mula cakap dan doa dalam hati "Ya Allah, kau makbulkanlah impian aku untuk memiliki Myvi 1.5 Advance color merah macam kereta tuh". "Ya Allah, kau permudahkanlah proses untuk aku memiliki Myvi 1.5 Advance color merah macam kereta tuh". "Ya Allah aku teringin sangat nak Myvi 1.5 advance merah macam kereta tuh Ya Allah" Aku punya minat dekat Myvi third generation ni sampai boleh kata setiap hari aku doa bila nampak Myvi lalu depan aku 😂 

Bila aku balik Batu Pahat, keluar jalan jalan dengan ayah ibu, kalau ada jer kereta Myvi merah lalu, ayah pula mesti cakap kereta wani! 😍 Tak terkira berapa banyak kali ayah tegur. Aku hanya mampu sengih jela dalam hati berkata-kata "Mampu ke aku nak beli kereta tuh Ya Allah..." Yela aku pun sedar diri kerja biasa biasa jer gaji pun tak besar macam ayah.

Proses dari A sampai Z makan masa lebih kurang 3 bulan. Masatuh first time pergi Perodua Jalan Zabedah, Batu Pahat 6 Mac 2020 Jumaat petang. Jumpa sales advisors nama dia Mohd Fazlie Azman. Memang sangat peramah ok. Ada juga selit gelak tawa semua. Siap test drive lagi. Tapi masa test drive, ayah yang drive aku duduk belakang jer. Personal document semua aku bagi through whatsapp jer takde bagi hard copy. Proses semua memang mudah. 

13 Mac 2020, aku terima call dari Maybank Batu Pahat. Macam macam soalan dia tanya aku. Waktu tuh hampir Maghrib nasib aku perasan ada orang call. Rasanya aku termissed call hampir 5 kali 😱18 Mac 2020, bermulalah PKP. Sepanjang PKP memang aku tak terfikir dah nak ada kereta. Sampai satu tahap aku rasa biarlah apa nak jadi dengan proses kereta aku tuh. Malas nak fikir. Cancel jela. Sebab aku dah takde pendapatan bulanan gara-gara PKP (duduk rumah tak kerja). Tapi Maybank Jalan Mengkudu, Batu Pahat still call aku ok. Untuk confirmation 💁 Dalam tempoh PKP aku diberitahu oleh ayah loan wani dah lulus dalam whatsapp group family. Ok masatuh macam macam perasaan ada gembira takut semua ada. Aku takut sebab aku fikir mana nak cari duit bayar monthly ni? 

Seminggu sebelum Raya aku balik Batu Pahat. Sign agreement dekat Maybank Jalan Mengkudu. Aku keluarkan duit simpanan aku dalam ASB. Alhamdulillah nasib baik ada duit simpanan. Terus pergi Perodua Jalan Zabedah bayar duit muka. 

1 Jun 2020 bersamaan 9 Syawal 1441H. Hi baby JUA! Masa ni aku dah balik KL. Sebab aku dah start kerja. Alhamdulillah perancangan Allah tuh cantik. Semuanya tersusun rapi.

JUA ***




Excited ayah siap pakai baju color merahhh 😍


Dari kiri: Sem (adik ipar), Syahirah (adik aku), ayah, ibu


Sekarang doa aku lain da. Kalau dulu aku doa nak kereta Myvi, sekarang doa aku, "Ya Allah terima kasih Kau makbulkan doa aku dahulu. Aku mohon kau permudahkanlah proses pembayaran kereta Myvi 1.5 Adv aku ini secara bulanan tanpa ada skip sehingga tamat seperti dalam agreement", Aaaminnn 😘

Memiliki impian itu tak salah. Teruskan usaha doa dan tawakal. Sekarang aku nak fokus majlis nikah aku soon InshaAllah semoga Allah permudahkan.


Orang Batu Pahat, Johor atau luar Johor sekali pun kalau nak beli Perodua boleh la contact abang hensem ni. Dijamin sangat puas hati. Layanan tip top 👍 Highly recommended

Phone No: +6013-757 7387
#masadantempatandatentukan #fazlieazman0137577387


p/s: terima kasih ayah, terima kasih En Fazlie, terima kasih semua.

Thank you for reading this entry!

No comments: