Assalamualaikum
Sebulan yang lalu...
"Semoga cepat sihat wani, Allah uji lagi tanda Allah sayang" - Faiq, 2022
"😢" - Diyana, 2022
"Wanyyy. Ada dekat ward mana? Nak datang tengok la. Ingat saya tak?" - Azulaiha, 2022
"Gws Wani and speed recovery. I feel you 1st pregnancy ectopic sakit dia ya Allah. Plus cough after ceaser" - Zaffryn, 2022
"Moga diberi kesembuhan Wani" - Julie, 2022
"Ya Allah semoga Wani kuat ya. Kena ikut apa Doctor cakap ya. Kena jarak dulu la kan. Wani sabar ya" - Nisa, 2022
"Allahu 😭 Semoga Wani terus kuat dan tabah dengan ujian ini." Aeda, 2022
"Ectopic pregnancy tu pregnant di luar rahim eh Wani? Be strong okay! Wani kuat 💓 Big hug 💖" - Muryu, 2022
"Semoga Wani kuat hadapi dugaan ini. InsyaAllah Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dia tau apa yang terbaik buat Wani & suami. Allah SWT tau Wani kuat untuk lalui ujian ini. Jaga diri jaga kesihatan pantang elok2. Moga Wani cepat sihat dan dikurniakan anak anak yang soleh dan solehah bila tiba masa nya nanti ya" - Madam Izzaty, 2022
"Are you ok Wany? Kenapa kena czer? Semoga dipermudahkan segala urusan Wany ya" - Hanna Rashid, 2022
"Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan" - Fairuz, 2022
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Allah sedang meninggikan darjat Wani. Dikurniakan ujian untuk Wani kerana Allah tahu Wani mampu. Semoga Wani kuat melepasi fasa ujian ini dan tetap kuat kebergantungan pada Allah. InsyaAllah Wani ada anak syurga. Mek doakan Wani sentiasa kuat & terus kuat ya" - Wan Nurfatin, 2022
"Takziah Wani, Aten doakan segala urusan Wani dipermudahkan Aamiin. Wani kuat semangat okay 💪" - Fatin, 2022
"SubhanaAllah berat ujian Allah bagi. Wani kuat kan. Takpe nanti ada rezeki lain okay?" - Syazz Aan, 2022
"Allahuakbar 😿 Allah sayang Wani, ada hikmah yang sangat baik bakal menanti Wani dan Zai, Wani kuatkan semangat ya, ramai yang doakan Wani" - Intan Shafira, 2022
Aku dan suami di uji lagi. Terima kasih semua yang bagi kata kata semangat. Ianya sangat bermakna untuk diri ini terus tabah,sabar dan redha dalam menghadapai ujian ini. Maaf sekiranya tak terbalas. Hari kejadian, phone nurse pass to husband. Husband bawa balik phone. Pada 19/7/2022 Allah uji daku dengan kandungan luar rahim. Masa Dr. Izzat verified daku ectopic pregnancy rasa macam tak percaya terdiam terkaku sedih. Pernah dengar pasal ectopic pregnancy ni, cuma tak pernah terfikir Allah pilih daku untuk harungi nya. Paling tersentap daku kena harungi kali kedua kehilangan kandungan yang baru berusia 8 minggu.
12:15pm: daku menaiki ambulance dari Klinik Al-Eilaaj ke Hospital Tunku Azizah (HTA)
1:30pm: daku ditidurkan untuk proses caesarean section or C-section or czer untuk buang kandungan luar rahim, buang darah free fluid - seakan darah bercampur darah beku dan buang tube kanan
5:00pm: selesai operation daku dikejutkan dan diletakkan ke ward 8A katil 12
SEBELUM PREGNANT
Setelah 6 bulan keguguran, atas nasihat para Dr. dari Hospital Ampang yang lepas, daku merancang untuk mencuba pregnant semula. Maka, selepas habis kitaran haid ku pada 6/6/2022 daku pergi berjumpa Dr. Izzat dari Klinik Al-Eilaaj untuk minta nasihat dan buat scan. Alhamdulillah semuanya ok no fibroid, no cyst. Dr. Izzat suggest makan ubat PreN-FD Quatrefolic (4th generation of folic acid) adalah folate yang lebih baik dari folid acid biasa. Mesti ada yang tertanya, mana tau pasal kewujudan klinik ni and kenapa pergi klinik ni? Sebab kembar daku yang suggest pasal klinik ni katanya klinik pakar sakit puan paling dipercayai dekat KL. Review pun tiptop 5 bintang.
Pertemuan pertama dengan Dr. Izzat pada 6/6/2022
First day last period daku pada 22/5/2022. Maka, sebelum 22/6/2022, ada beberapa simptom yang buatkan daku syak yang daku pregnant. First, daku jadi sensitif bila kena tegur dengan husband padahal benda kecil je. Second, daku mengidam makanan yang daku jarang makan. Antaranya, salad, mac n cheese, spaghetti carbonara, air asam boi, jagung, etc. Daku try buat UPT pada 20/6/2022 & 21/6/2022 tapi malangnya UPT 1 line je. Kecewa tu tak payah cakap la sebab da terbiasa. Bila period delay 3 hari, hati ini rasa berdebar. Buat UPT lagi on 25/6/2022 and finally it's 2 line. Perasaan kali kedua melihat UPT 2 line, excited tapi takut. Sebab ada history keguguran kan. Cuma untuk pregnancy kali ni daku memang sangat berjaga-jaga. Kurangkan pergerakan, kurangkan aktivit mengemas, banyakkan bedrest. Sampai daku minta kebenaran majikan untuk work from home. Sebab office daku tu kena naik tangga setiap hari setiap masa. Bila nak ke toilet atau surau mesti kena turun naik tangga. Dalam setiap doa pula, daku pohon semoga Allah jauhkan keguguran dan spotting. Trauma keguguran telah membuatkan daku sentiasa ingin melihat seluar ku ada spotting atau tak setiap masa.
Antara makanan yang tekak ni terasa nak sangat makan
Jagung rebus
Spaghetti carbonara
Salad
Mac n Cheese
Mac n Cheese lagi tapi version Tealive sedappp
Spaghetti carbonara lagi tapi version Pizza Hut. Masa ni tekak da tak boleh accept nasi putih. Minta pandangan kembar, nak makan apa ni? Sebab daku tak boleh telan roti tak boleh telan nasi. Da start muntah pagi & malam. Orang kata, morning sickness 😁
SETELAH KETAHUI PREGNANT (UPT POSITIVE)
Result 25/6/2022 2 line tapi samar kan =') Perasaan pregnant sekali lagi Allah je yang tau
Result 30/6/2022 try guna digital pula
Antara doa yang daku selit setiap hari
Yang ni pun sama. Sumber google
Pada 3/7/2022 badan ku terasa panas, tekak rasa tak sedap. Pergi ke Klinik Aurora, Ampang untuk berjumpa Dr. Khalidah. Tak berani nak makan ubat sembarangan sebab pregnant kan. Sebelum masuk klinik kena buat RTK test dulu sebab nurse cakap nampak macam simptom Covid19. Alhamdulillah result negative baru boleh masuk jumpa Dr. Khalidah. Masa ni daku pregnant 6 minggu. Dr. Khalidah tanya tak nak scan ke Puan? Sebab kandungan da 6 minggu kan. Daku jawab, takpe la Dr. saya plan nak scan masa kandungan 7 minggu. Takut scan 6 minggu nanti tak nampak apa apa pula 😅 Next week saya datang sini lagi scan ya Dr.
Pada 11/7/2022 daku kembali ke Klinik Aurora, Ampang untuk buat early scan 7 minggu. Masanih cuti Raya Haji jadi patient dekat klinik pun kosong cuma aku dan suami sahaja. Bila scan, Dr. Indian cakap dia tak nampak apa apa. Rahim daku kosong tiada kantung tiada janin. Dr. minta datang lagi 2 minggu which is masa kandungan berusia 9 minggu untuk scan. Daku tak fikir apa apa, keep positive thinking mungkin kandungan kecil lagi jadi tak nampak apa apa.
Negative Covid-19
Ruang menunggu Klinik Aurora, Ampang
Dapat ubat Iberet. Serius ubat ni susah nak telan bagi ku dek kerana bau nya hahaha tapi suami paksa makan juga ubat tu
TANDA-TANDA ECTOPIC PREGNANCY MUNCUL
Di sini bermula journey pregnancy ku. Bermula dengan tanda-tanda ectopic pregnancy yang daku alami. 15/7/2022 5:30pm tiba tiba perut ku terasa sakit sangat. Umpama kena cucuk. Daku terbaring tak boleh bergerak langsung, sampai berpeluh peluh dibuatnya dek kerana menahan kesakitan. Masa ni tak fikir apa ingatkan sakit perut sebab lewat makan atau masuk angin. Sakit perut ni lain macam lagi sakit dari senggugut yang tiap bulan tu and siap pakej sakit dekat bahu kiri kanan. Umpama bahu cramp tak boleh bergerak. Bergerak sikit je sakit. Allah je tau. Husband tolong gerakkan daku bagi minum air. Memang tak boleh gerak. Daku tahan sakit sampai pukul 8:30pm. 3 jam tahan sakit sampai berpeluh peluh. Bila da ok, rasa nak buang air kecil. Allahu masa nak buang air kecil tu rasa sakit pedih nak buang air. Alhamdulillah air kecil masih boleh buang cuma rasa sakit campur pedih. Sebelum ni ok je. Dengan bahu sakit. Terus decide esok nak pergi jumpa Dr. Izzat.
16/7/2022 10:00am ke Klinik Al-Eilaaj jumpa Dr. Izzat minta check urine. Dr. Izzat cakap ada jangkitan kuman. Dr. Izzat bagi ubat antibiotic dengan ubat larut dalam air minum. Sambil tu minta Dr. Izzat buat early scan sebab harituh pergi scan klinik lain tak nampak apa apa. Alhamdulillah Dr. Izzat terus minta izin buat TVS scan. Tapi malangnya tak nampak apa apa jua. Jadi Dr. Izzat minta izin nak buat beta HCG ambil darah. Next 48 hours kena datang klinik lagi ambil darah buat kali ke-2. So, daku kena datang klinik semula pada 18/7/2022 10:30am waktu yang sama ambil darah tadi.
Dr. Izzat cakap UPT sangat terang. Patut kantung, janin degupan baby pun da nampak
Ubat minum larut dalam air
Pregnancy of unknown location (PUL)
Hari yang sama, daku ada glamping trip dengan kawan kawan husband dekat Buana Kita Glamping & Event. Located at Kampung Gaing, Pedas, Negeri Sembilan. Trip 2 hari 1 malam sahaja. Daku ke sana sebab nak ikut husband tak nak kena tinggal. Sejak kes sakit perut teramat tu dengan sakit bahu so daku decide nak ikut ke mana husband pergi. At least, kalau jadi apa-apa, husband ada kan.
Tilam daku yang paling kiri tu yang paling dekat dengan toilet
Hanya kerang bakar sahaja yang menarik perhatian ku waktu itu
Walaupun makanan semua nampak menyelerakan, tapi daku tak ada selera makan. Perut pula masatuh kejap ok kejap meragam. Perut sentiasa kembung. Mungkin masa Jumaat lepas yang sakit perut 3 jam tu dah ada bleeding agaknya. Sampaikan daku berjalan pun bongkok ya. Ini kisah benar. Jalan pun tersangatlah perlahan macam kura kura. Pada sebelah malam iaitu pada 17/7/2022 pukul 4:15am perut ku terasa sangat sakit sama macam sakit yang lepas mencucuk cucuk. Bahu pun sakit sangat tak boleh bergerak langsung. Daku tahan sakit 2 jam sampai pukul 6:15am.
Terima kasih Ya Allah. Sepanjang daku berada di sana, tiada apa apa berlaku pada diriku. Mungkin Allah hold dulu agaknya. Padahal keadaan dalam perut da teruk da. Daku sepatutnya terus ke hospital minta Dr. check 😓
SETELAH KETAHUI ECTOPIC PREGNANCY
Lunch daku makan orange sahaja. Percaya tak?
My view sebelum discharge
Milo break. Oh daku tak suka milo, tapi sejak masuk hospital hari hari minum milo
I can see signage HOSPITAL KUALA LUMPUR there
Menu dinner sebelum discharge hehehe
Bye katil I will miss you
Sementara menunggu nurse. Nama ku pada no 17. Nurse cakap dia nak ambil wheel chair nak tolakkan sampai ke lobby 😊 Terima kasih nurse tersebut. Tak sempat tanya nama, tapi awak baik sangat. Awak tolong saya lipatkan kain hospital saya, bawa saya ke bilik jahitan. Sebelum discharge kena jahit sikit ada la dalam seinci jahitan dalam keadaan sedar tapi berbius la 😁 Kalau tak bius, daku pasti da lari dari situ 😂
- Dekat cop bawah tu tertulis WAD 8A - which is pesakit baru discharge wad. Bila daku refer balik MC daku masa miscarriage tu hari, dekat bawah tu cop Pusat Kemasukan Pesakit Dewan Bersalin Jabatan O&G. Lain kan?
- Refer discharge summary and MC, it shows continues leave which is eligible for Hospitalisation leave, unless date starting MC got gap at least 1 day then not eligible for MC
So apa komen korang? Kes macam daku ni layak dikira Hospitalisation Leave atau MC atau unpaid? Daku pun tak minta la dekat doctor nak MC lama lama ni.
Orang cakap lepas czer kena banyakkan makan oren kan. Setiap hari daku makan oren 😂 Semoga luka dalaman ku ini cepat sembuh Aaminn
p/s: Terima kasih atas doa kalian. Semoga Allah membalasnya. Di kesempatan ini, daku dan suami ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa.
Thank you for reading this entry!
No comments:
Post a Comment