Assalamualaikum
Alhamdulillah untuk rezeki pulang berhari Raya bersama family di Johor. Kalau tahun lepas, tak boleh rentas negeri. Tahun ni kita cuti 1 minggu la #balasdendam . Pemilihan warna maroon untuk tahun 2022 sebab semua warna da pakai masa Raya. Maroon is the last choice available.
Sama seperti Raya sebelum (before PKP), Raya ke-2 wajib balik kampung Segamat, Johor. Gerak pukul 10:00 pagi berakhir pada pukul 12:00 malam. Walaupun penat badan melekit berbau bagai tapi itulah yang dikatakan nikmat. Nikmat Raya. Nikmat bersama orang tersayang. Nikmat bersama keluarga. Daku bersyukur Alhamdulillah.
Destinasi Raya di Segamat bermula dengan Labis, kemudian Bandar IOI Segamat, dan diikuti dengan Batu Anam. Total 5 buah rumah. 1 rumah dalam 2-3 jam ya. Dek kerana ayah ku suka bersembang bersama saudara-mara.
Sejak Adelia mewarnai hidupku selama seminggu, maka daku jadi sayangggg sangat dekat Adelia. Adelia ni suka main hi5 tau. Comel kan
Anak buah ku yang pertama dan yang paling ku sayang. Kenapa? Sebab Zara ni kalau nampak AuntyLang dia, mesti melekat jela dengan daku
Raya pertamaku. Warna baby blue ni daku yang decide. Husb follow je LOL
Masih lagi Raya ber-2. Doakan semoga tahun depan daku beraya ber-3 bersama husb dan anak2 ku Aamiin
Thank you for reading this entry!
No comments:
Post a Comment