Friday, 6 June 2025

Raya 2025 Bertemakan Silver Grey

Assalamualaikum

Raya tahun ni terasa sangat berbeza. Raya tanpa Ayah & buat pertama kalinya tak balik beraya Segamat di hari raya ke-2 macam sebelum ni. Tema warna baju raya tahun ni dipilih oleh aku & kembar. Kenapa warna silver grey? Sebab warna ni pada aku sesuai dengan kehilangan Ayah. Warna yang lembut, tak terlalu terang. Al-fatihah untuk arwah Ayah. Semoga arwah Ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aaminn.

Tahun ni raya pertama & kedua aku belah mertua (Ampang). So, raya ketiga baru aku balik Batu Pahat, Johor. Sebelum tu singgah rumah sepupu kejap dekat Melaka.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin 
daripada Pn. Maznah binti Mohd Ariff sekeluarga, Batu Pahat, Johor!































Thank you for reading this entry!

Wednesday, 12 February 2025

Zareef Mateen Turns 1: Boss Baby Theme

Assalamualaikum

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang pertama buat anak mama, Zareef Mateen bin Zainuddin! 
Doa mama selalu ada untuk anak mama. 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ku mohon kepada-Mu, 
Tanamkan sifat sifat terpuji dalam diri anakku, 
Lindungilah dia dari segala kejahatan, 
Murahkanlah rezekinya, 
Jadikanlah anakku anak yang soleh, 
Kuatkanlah imannya, 
Jadikanlah anakku yang taat akan perintah-Mu, 
Taat akan suruhan-Mu, 
Dan taat akan kedua orang tuanya, 
Ya Allah selamatkanlah anakku di dunia & akhirat, 
Kaya di dunia & akhirat, 
Terkenal di Arash-Mu sebagai insan yang baik, 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Peliharalah anakku selama hayatnya, 
Dan sihatkanlah dia, kerana sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Menyihatkan, Tiada kesihatan tanpa kesihatan dari-Mu, kesihatan yang tidak meninggalkan penyakit sedikit pun, 
Dan tetapkanlah hatinya untuk beriman kepada-Mu dan kepada rasul-Mu, 
Ya Allah, jadikanlah dia anak yang sihat, sempurna, cerdas, berilmu dan mengamalkannya.
Aaamiin.

You Have a Meeting with the Boss Baby!

BOSS BABY ZAREEF MATEEN TURNS 1

Day/Date: Saturday, 8th February 2025
Time: 03:00 PM
Venue: SEJIWA Titiwangsa, National Art Gallery

Don’t miss out on the fun with the little boss! 💙


 






































Alhamdulillah, Zareef Mateen turns 1! Celebrating a whole year of love, laughter, and precious moments with our family. From his first smile to his tiny steps, every moment has been a blessing. Thank you to everyone for the love and support! May Allah bless us with baraqah, health and happiness always. Aamin. #ZareefMateenTurns1 #OneYearOfJoy #HappyBirthdayZareefMateen #ZareefMateen
.
Venue: @sejiwa.kl
Cupcake: @sugarcandymy
Chip Bag: @bynfk_
Sticker Label: @stickesticke


Thank you for reading this entry!