Saturday, 6 July 2013

Life Update 2010-2013


Assalamualaikum

Pernahkah korang merasakan bahawa hidup ini indah dan seharusnya dikongsikan bersama? Mungkin segelintir berpendapat sama macam aku and mungkin jugak ada yang tak sependapat macam aku. Ada masa hidup ni manis macam gula kapas ada masa masam macam cuka ada masam pahit macam ubat. Hidup aku jua begitu. Mana ada manusia terlepas dari tusemua. Benda tu semua la yang mengajar kita jadi lebih dewasa =)

Dulu aku teringin sangat nak jadi novelist. Aku nak citer semua kisah hidup aku dalam sebuah novel. Lagi-lagi kisah cintan cintun aku. Hiks.. Impian aku menjadi kenyataan. Walaupun aku tak dapat bukukan kisah hidup aku at least aku berjaya share guna blog ni tau. *haha bangga kejap


SyazwanieWaniey 2010-2013
A banking students who enjoys blogging and singing.
Thank you for your support and love! =)

Bila dilihat kembali zaman dulu-dulu memang nk tergelak jer hati kecik aku ni. Kelakar la dulu-dulu. Dengan pakai shawl yang entah apa-apa pesyen tah aku pon tak tau. Pengaruh pesyen la katakan -__-


And now this is me! =)
 Girlfriends and special one.
Mereka ni lah yang paling rapat dengan aku dekat Segamat ni selain family aku.

Impian aku dulu-dulu masa sekolah aku teringin nak jadi penyanyi. Pegang mikrofon nyanyi lagu Ainan Tasneem depan khalayak ramai. Thats what i want! Thats why la aku masuk audition. Dapat lakar sejarah dalam hidup aku. Sekarang kalau ada wedding invitation aku takkan lepaskan peluang nyanyi. Seronok sangat bila tengok orang semua duduk diam-diam tengok aku nyanyi. *wahaha =D terasa macam aku ni berkuasa time tu hiks.



Pernahkah korang rasa gian nak menyanyi kuat-kuat dalam sebuah bilik yang tidak ada seorang pon makhluk? Macam nak lepas gian. Macam apa yang aku lakukan pabila stres. Aku akan tunggu sampai rumet aku keluar bilik pegi kelas lepastu pegi kat depan cermin nyanyi kuat-kuat bagaikan terpekik terlolong. Adakah aku sorang jer yg merasakan sebegitu? -__-


-----------------The End-----------------



Post a Comment