Wednesday, 28 December 2011

Disebalik Mawar Berduri


Assalamualaikum

entry kali ni Waniey nak citer pasal mawar. bila cakap pasal mawar mesti kita terbayang-bayang  kuntuman mawar merah, putih and so on... betul tak?

sedikit info;
Mawar adalah tanaman semak dari genus Rosa sekaligus nama bunga yang dihasilkan tanaman ini. Mawar liar yang terdiri lebih dari 100 spesies kebanyakan tumbuh di belahan bumi utara yang berudara sejuk. Spesies mawar umumnya merupakan tanaman semak yang berduri atau tanaman memanjat yang tingginya bisa mencapai 2 sampai 5 meter. Walaupun jarang ditemui, tinggi tanaman mawar yang merambat di tanaman lain bisa mencapai 20 meter. "


1001 FALSAFAH YANG PERLU DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA
Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej ‘Aku cinta padamu’ atau jambangan Carnation yang memberi erti ‘moga cepat sihat’. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja.aduhai.kesiannya!!! Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya sendiri secara semulajadi.



ERTI MAWAR
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.



 Merah- (cinta dan romantik) Pada kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan sebagai simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu simbol politik atau keagamaan.



Pink- (cinta, perasaan syukur, penghargaan) Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu, dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. Dan berkemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda bersyukur kerana berjaya memiliki hati penerima.




Ungu- (terpesona, kemuliaan, cinta pandang pertama) Warna ungu sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan dan kemewahan. Ia juga berkemungkinan membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pada pandangan pertama lagi disebabkan perwatakan penerima yang mempersonakan.



Oren- (keinginan, semangat yang tinggi, cinta) Warna oren adalah hasil campuran warna antara kuning dan merah. Ros warna oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari seorang kawan kepada cinta sejati. Ia juga berkemungkinan menunjukkan perasaan ‘saya bangga dengan awak’.



Putih- (kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian) Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. Perbezaan terhadap makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.



Kuning- (persahabatan, keriangan, cepat sembuh) Sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yag bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai simbol kepada warna ros kuning. Bunga ros kuning memberi pesanan sebagai tanda penghargaan atau perasaan sayang  yang tidak bersifat romantik kepada seseorang . Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.




Hijau- (damai, setia, sifat alam) melambangkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi dan mendamaikan hati. Warna kehijauan itu adalah sifat alam yang melambangkan kedamaian dan kesetiaan memberi nafas kepada manusia.



Hitam- (sukar menambat hati) sesuatu yang sukar dapat. kerana tidak semua tempat mempunyai bunga jenis ini. Oleh itu, ia melambangkan kesukaran untuk menambat hati seseorang..



Biru- (tak capai) mawar biru juga sebagai simbol misteri atau  sesuatu yang tak dicapai"Blue roses also convey inner feelings of love at first sight, being enchanted by something or someone. The color blue is also traditionally associated with royal blood, and thus the blue rose can also denote regal majesty and splendor" [Wikipedia]. 

* Bunga mawar biru sebenarnya tidak wujud secara semulajadi. Menurut Wikipedia "Blue roses do not exist within nature, as they lack the gene which produces the blue pigment. Traditionally, white roses have been dyed blue and recently researchers have used genetic modification to create blue pigmented roses."




Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros

- 1 Rose
Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
- 2 Roses
Saling menyayangi antara satu sama lain
- 3 Roses
I love you
- 6 Roses
Aku ingin menjadi milikmu
- 7 Roses
Aku tergila-gilakan kamu
- 9 Roses
Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
- 10 Roses
Kamu adalah sempurna
- 11 Roses
Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
- 12 Roses
Be my steady
- 13 Roses
Peminat rahsia
- 15 Roses
Saya minta maaf, tolong maafkan saya
- 20 Roses
Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
- 21 Roses
Aku setia pada mu
- 24 Roses
Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
- 33 Roses
menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
- 36 Roses
Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
- 40 Roses
Cintaku padamu adalah tulen
- 50 Roses
Cinta yang tiada sesalan
- 99 Roses
Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
- 100 Roses
Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
- 101 Roses
Kaulah satu-satunya cintaku
- 108 Roses
Jom Kahwin!
- 365 Roses
Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
- 999 Roses
Cinta yang berkekalan sampai bila-bila

*ini adalah sekadar trivia dan informasi tambahan sahaja. Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini.




Post a Comment